Bukan mudah untuk konsisten ...

 Apa yang buatkan seseorang itu konsisten? Sebab duit, sebab rewards, atau hadiah ... sebabnya itu menjadi motivasi seseorang untuk terus buat dan buat ... Yer, ada sebab lain yang menyebabkan seseorang konsisten, tapi wang, hadiah yang diperlukan untuk kelansungan hidup, itu antara yang utama ..


Sebab itu orang konsisten pergi kerja, walau rasa sangat tak best berada di tempat kerja atas sebab apa pun ... 

Orang konsisten pergi kerja kerana duit, kerana komitmen harian, mingguan dan bulanan ...kerana kalau tak kerja, tak usaha, mana nak dapat duit ...


Penulisan ini dibuat setelah blog ini lama tidak di update.. 

 

Dulu blog ni menjadi tempat untuk mengeluarkan kegisaran dan kesedihan dalam hati, dan sebagai melepas rasa dan fikiran, dan mungkin kali ni, boleh jadi sebab usaha nak tambah pendapatan. 

Beza antara menulis di blog dan facebook ada banyak, tapi sekarang ni dalam fasa redah jer lah, semoga ada hasil yang diterima daripada usaha ni


Comments