Kesan buruk merendah diri

 Kata seorang kawan, aku ada masalah rendah diri yang teruk. Dan dia even cadang unutk aku berjumpa pakar psikiatrik untuk rawatan. Tapi aku tolak. 

Masalah rendah diri aku adalah aku kurang keyakinan diri, aku berfikir negatif dengan diri sendiri dan menjadikan aku susah nak meminta pertolongan dengan orang dan lebih senang bergerak sendirian. 

Kata kawan aku, kesan rendah diri ni, tak bagus untuk diri aku dan aku katakan balik, bahawa walau aku menghadapi masalah rendah diri yang agak teruk, tapi aku ok jer ... Masih mampu menjalani kehidupan seperti biasa. 

Tapi sekarang, aku menyedari kesan rendah diri yang berlaku pada diri aku. antaranya

1. Aku hanya bergaul pada orang yang aku selesa. Orang yang sama macam aku. Aku takut, segan nak beramah mesra dengan orang yang lebih dari aku. Padahal, nak ikutkan, aku ok jer. 

2. Aku lebih suka berjalan sendirian daripada beramai-ramai. Keinginan nak bergaul dengan orang itu ada, tapi sebab merasa takut dan tidak yakin diri, aku lebih suka mengelak dari menghadap orang. 

Sebenarnya ini tak bagus, sebab manusia hidup bersosial, bergaul, tapi sebab rendah diri, aku mengelak. Otak aku berprasangka yang bermacam-macam sebelum aku mula untuk berkawan. 

3. Tiada keyakinan untuk bergerak jauh, selalu fikir negatif. Peliknya, aku jenis yang redah, tapi pasangan aku yang juga ada masalah rendah diri, akan sentiasa fikir negatif apabila dia ingin memulakan sesuatu. Dan susah nak tukar persepsi dia ni. 

4. Sentiasa berfikir the worst, yang terburuk, padahal belum mula lagi pun. Akibatnya, takut bila buat salah, padahal tak buat pun, dan otaknya berserabut dengan pemikiran yang menyedihkan. 

Banyak lagi kesan buruk merendah diri, sedangkan, untuk bergerak ke depan, perlu fikir baik-baik dan berfikiran positif.



Comments