kalut ... dan tips kurangkan kalut

 Pernah tak jadi orang kalut?

Aku lah orang tu ... huhuhu, semua nak segera, semua nak cepat, padahal tak tahu pun sebenarnya nak kejar apa... prinsipnya asal ada, nanti2 boleh jumpa, boleh cari balik, padahal, boleh jer buat dengan elok-elok, dengan tersusun, dengan tenang-tenang. Bila nak guna, tahu di mana. Susun ikut kepentingan.

Banyak sebenarnya kesan membuat sesuatu itu tenang tersusun, iaitu, hati jadi tenang, ... dan akhirnya tak serabut yang serabut itu boleh mendatangkan stress dan akhirnya, satu kerja pun tak boleh buat. 

Tapi, tapi, bukan mudah nak bentuk diri menjadi seorang yang tersusun dan tenang yer, sebab bila dah biasa serabut, serabai, memang tak ambil endah atau ambil mudah semua perkara. 

Jadi, untuk saya tenang-tenang jer nak hadap macam-macam ni kan, saya baut dua perkara sahaja ...

1. Buang apa yang tak perlu

2. Guna apa yang ada. 

Ini adalah langkah awal yang paling mudah, yang boleh diikuti. 

Rasa macam mudah jer kan nak buang apa yang tak perlu ... huhuhu, tidak yer. Bagi sesetengah orang, mereka sayang barang dengan ingatan,  ' akan digunakan pada masa depan' ... bila nak buat ni sebagai mantra, perlu dilihat juga keadaan sekeliling. Masa depan tu, bila?


Yang kedua, jangan lah nak tambah barang. Guna jer lah apa yang ada tu. Kalau nak tambah barang, barang lama tu buang atau derma, atau jual. 

Dulu saya selalu pelik dengan orang yang sentiasa tukar baju, sebabnya, kat mana lah korang ni simpan baju2 ni ... banyak ke ruang penyimpanan kat rumah? Kalau rumah besar, dan ruang simpan banyak, oklah, tapi kalau sekarang ni, aduii, bukan murah kot nak beli rumah besar... 

 

 


Comments