Berusaha untuk tambah pendapatan mengikut zaman

 Sekarang zaman media sosial, yang popular, yang ramai followers akan mudah menjual barang kerana populariti mereka, ramai mengikuti mereka, menyukai konten mereka, dan apa yang mereka buat dan jual akan mudah dijual... 

Itu kan cara Kylie Jenner dapat jual lip balm dia dan jadi popular? 

Tapi, tak semua orang mampu buat begitu, terutama yang pemalu, rendah diri dan tiada keyakinan dan keberanian untuk dikenali. Memang zaman sekarang zaman hati kene kental, kulit muka kene tebal, kalau tak, macam mana nak cari makan?

Tapi setiap manusia, dilahirkan dan dibesarkan dengan cara berbeza. Setiap manusia, dalam proses mereka membesar, menjadi tua, banyak sungguh dugaan, rintangan yang mereka hadapi, dan akhirnya membentuk jati diri mereka, dan kerana mereka tidak mampu ikut cara sekarang, maka, adakah mereka tak mampu nak kecapi seperti orang lain yang popular?

Macam aku, aku juga berusaha memperbaiki diri aku, berusaha nak ada hidup yang selesa, dapat bayar hutang dan komitmen hidup, dapat duduk rumah selesa, maka aku usaha. Tapi aku berusaha dengan cara aku sendiri, asalkan cara aku itu, tidak menyusahkan orang lain. 

Semoga setiap daripada kita yang berusaha untuk memperbaiki diri, akan beroleh kemudahan dan kejayaan di kemudian hari. Yang penting tetaplah berusaha walau hasil tak berapa. 


Comments