Nuffnang

Saturday, November 24, 2007

Belajar Bahasa Inggeris Dengan Lagu.

Cara saya belajar bahasa Inggeris adalah melalui lagu. Sebabnya berapa ramai antar kita suka dengar lagu English, tapi tak faham maksud? Jadi untuk itu, saya akan tunjukkan lagu yang sesuai diketahui dan dihafali untuk memudahkan kita belajar B.Inggeris.

Kat sini, saya akan bagi link Streaming sama ada Youtuea atau link lain untuk lagu tu. Saya juga akan post kan lirik lagu tu. Sebabnya, kalau kita dah biasa ikut ayat lagu, lama-lama kita akan biasa dengan struktur ayat dan kita pun boleh mempraktikkan sebutannya.

Saya tau, kalau streaming media, pembaca tak leh download jadi mp3, dengar kat computer dan setiap kali nak dengar kena buka internet. Tapi tau tak pembaca boleh download apa jua yang kalian tengok di Youtube? Nanti saya terangkan dan kalau lebih advance, boelh tukar format flv kepada mp3. Nak tau? Klik pada artikel saya, mendownload dari youtube.

Saya tak boleh bagi beri direct link untuk download, maaf.

0 comments: