Proses membeli rumah 2nd hand

Membeli rumah second hand boleh jadi rumah lelong atau rumah yang pemiliknya nak jual. Dalam kes saya, saya hendak membeli rumah yang pemiliknya hendak menjualnya. Saya bukan pakar, tetapi cuma mengongsi pengalaman saya dalam proses membeli rumah pertama saya ini. Saya rasa amat teruja dan seronok tetapi rupanya prosesnya amat rumit dan memakan masa. Tetapi ok juga, jadi saya ada masa untuk mencari dan menambah wang, kot-kot diperlukan nanti.

Dalam membeli rumah (bukan rumah baru), prosesnya amat banyak dan boleh memakan masa bertahun. Abang saya membeli rumah, sudah habis bayar, tetapi nama pemilikan masih belum ditukar. Menurut abang saya, kos membeli rumah pun tinggi dan wang diperlukan memang banyak, walaupun sekadar rumah lelong yang harganya murah.

Selalu diwar-warkan bahawa untuk membeli rumah, hanya perlu membayar 10% dari harga rumah, tetapi sebenarnya ada banyak lagi kos-kos sampingan... iaitu

1. Kos peguam - untuk beli rumah dan kos hutang bank - sekurang-kurannya 1600 X 2 = 3200
2. Kos agen - RM 2000 (bergantung, ada yang lebih mahal)
3.Kos - kos lain ... pun perlu dimasukkan 

Mula-mula apabila mengetahui prosesnya dan jumlah yang diperlukan untuk membeli rumah ini, rasa mahu patah semangat juga, tetapi saya yakinkan hati saya mampu membelinya. Jadi sekarang ini, berjimatlah saya dan dalam masa sama, cuma mencari ruang menambah pendapatan. 

mari buat kiraan. Katakan rumah yang ingin dibeli berharga RM70,000.

1. 10% pendahuluan - Rm 7000
2. Kos lawyer - RM 1600 X 2 = RM3200
3. Kos agen - RM 2000 
4. Kos-kos lain - agen beritahu saya RM4000

Jadi jumlahnya - RM16200. 

Ini belum termasuk kos nak membaiki rumah dan pelbagai kos lain. Huhuhu. Mahalkan? Bayangkan kalau harga rumah lagi tinggi, maka lagi tinggilah kos nak membelinya. Jadi, menyimpanlah dari sekarang untuk kesenangan di masa hadapan. Ingatan untuk diri sendiri.

Comments

Anonymous said…
Emmm...yg pasti kami baru saja ditipu oleh estate agent..katanya sbg agen hartanah, tak tau la kami berurusan e.agen yg bertauliah @ tak. Selepas melihat rumah yg kami rancang nk beli tu, pihak agen meminta kami buat bayaran permulaan dahulu utk dia membuat proses yg seterusnya. Entah mcm mana tanpa fikir panjang samada org yg kami berurusan itu hndk menipu maka kami pun buat bayaran rm7k seperti yg diminta..sehingga hari ini,pihak kami ingin memberi segala dokumen utk proses bank loan katanya tempoh proses bank loan dah tamat..dn dia xnk proses lagi dh, dn terus mematikan telefonnya...kalu kes mcm ni, apa tindakan susulan yg sepatutnya kali lakukan..??
Masz said…
Saya bukanlah org yg layak untuk menjawab soalan ini. Tetapi, rasanya pihak tuanboleh membuat laporan polis kan?

Seorang kawan saya selalu berpesan dengan saya, apabila membuat apa-apa transaksi yang melibatkan wang, urusan jual beli, pastikan saya ada nama agen, no phone dan kadnya. Untuk keselamatan juga, telefon pihak berkenaan untuk memastikan kesasihan agen tersebut. Semasa perjumpaan pertama denganagen, adakah tuan terus memberi 10% wang pendahuluan? Semasa proses saya, saya diminta membayar 1% dari harga rumah, as a booking fee. Agen itu juga memberitahu jangan bayar habis mana-mana wang dlam prosesntransaksi selagi tidak mendapat hitam putih kepastian dari semua pihak yang terlibat
Anonymous said…
Emm..rasanya rugi mcm tu jek kot. Pihak suami saya takut nk panjangkan kes ni kot.Agen tu pun gaya mcm semcm jek ala mafia ke apa, siap ada bodyguard lagi..(indian).Ye la,lepas je ktorg tgk2 rumah,then husband tanya la mcm booking fee tu dtg kat saya ckp 7k.Mana ada cash dlm tangan mcm tu,ok la lepas tu kitorg pegi bank then bagi rm2k dulu then balance bank in kemudian. Tak terfikir nk hold dulu utk dptkan kesahihan. Sbb dia berckp mcm confident je.Husband sy juga mengharapkn dia blh uruskan urusan bank.Then masa lepas bank in balance tu, husband saya rasa mcm dh lain sbb masuk ke akaun butik ke apa,then indian ni ada bg no utk urusan bank then husband call org tu buat alasan dia pregnant.Sah la kot..kena tipu,pastu 2-3 hari lepas suami call indian tu utk pass dokumen utk process bank terus dia ckp dh lepas 2 mgu utk proses tu, then suami sy ckp kenapa takde cerita pun 2mgu je. Yg dia ckp proses 3 bln...chit chat...chit chat, then letak phone...habis kira2...
Masz said…
kalau booking fee 7000, maknanya harga rumah 700,000? sebab booking fee 1% dr hrga rumah. Sy bersimpati atas kejadian ni. memang, dalam urusan jual beli mcm ni, memang senang kene tipu. sy pernah alami dalam pembelian saham amanah. terbang rm2k. Masa tu tak terfikir nak amik langkah berjaga-jaga. Tadi sy pergi ke bank, tanyakan bagaimana proses loan rumah n boleh tak saya tanya bayk2 bank, submit dokumen semua? pegawai kata boleh, sebab itu hak pelanggan. Nanti boleh banding surat tawaran bank mana yang lebih baik. memang penat nak buat semua ni, tapi kene rajinlah. Agen pun suruh saya cari-cari bank sendiri dulu. Dia boleh rekomen, tapi rasa lagi puas buat sendiri. Sbb blh tny dgn pegawai. Mula-mula saya call dulu bank tu, dan pelik sbb di phone dan kauter jumlah bayaran bulanan berbeza. jadi memang kene blajar. Dahlah banyak term tak faham, jadi memang kene banyak tanya dan muka pun tebalkanlah. Harap lepas ni, puan lebih berhati-hati. Saya pun jadikan kisah ini sbg pengajaran. Terima kasih.
baem said…
Mari kita luangkan masa mendengar Al-Quran secara online di
http://www.alquran.co.cc .. Terjemahan dalam bahasa melayu disediakan sekali.
Anonymous said…
salam.mungkin boleh cuba rujuk blog ini. dikendalikan oleh seorang peguam dan agak membantu bagi sesiapa yang ada masalah undang-undang:

http://prosedurmembelirumah.blogspot.com/2013/12/prosedur-membeli-rumah-dari-agen.html