Membeli rumah second hand boleh jadi rumah lelong atau rumah yang pemiliknya nak jual. Dalam kes saya, saya hendak membeli rumah yang pemiliknya hendak menjualnya. Saya bukan pakar, tetapi cuma mengongsi pengalaman saya dalam proses membeli rumah pertama saya ini. Saya rasa amat teruja dan seronok tetapi rupanya prosesnya amat rumit dan memakan masa. Tetapi ok juga, jadi saya ada masa untuk mencari dan menambah wang, kot-kot diperlukan nanti.
Dalam membeli rumah (bukan
rumah baru), prosesnya amat banyak dan boleh memakan masa bertahun. Abang saya
membeli rumah, sudah habis bayar, tetapi nama pemilikan masih belum ditukar. Menurut abang saya, kos membeli rumah pun tinggi dan wang diperlukan memang banyak, walaupun sekadar rumah lelong yang harganya murah.
Selalu diwar-warkan bahawa untuk
membeli rumah, hanya perlu membayar 10% dari harga rumah, tetapi sebenarnya ada
banyak lagi kos-kos sampingan... iaitu
1. Kos peguam - untuk beli rumah dan
kos hutang bank - sekurang-kurannya 1600 X 2 = 3200
2. Kos agen - RM 2000 (bergantung,
ada yang lebih mahal)
3.Kos - kos lain ... pun perlu dimasukkan
Mula-mula apabila mengetahui prosesnya dan jumlah yang diperlukan untuk membeli rumah ini, rasa mahu patah semangat juga, tetapi saya yakinkan hati saya mampu membelinya. Jadi sekarang ini, berjimatlah saya dan dalam masa sama, cuma mencari ruang menambah pendapatan.
mari buat kiraan. Katakan rumah yang ingin dibeli berharga RM70,000.
1. 10% pendahuluan - Rm 7000
2. Kos lawyer - RM 1600 X 2 = RM3200
3. Kos agen - RM 2000
4. Kos-kos lain - agen beritahu saya RM4000
Jadi jumlahnya - RM16200.
Ini belum termasuk kos nak membaiki rumah dan pelbagai kos lain. Huhuhu. Mahalkan? Bayangkan kalau harga rumah lagi tinggi, maka lagi tinggilah kos nak membelinya. Jadi, menyimpanlah dari sekarang untuk kesenangan di masa hadapan. Ingatan untuk diri sendiri.
Comments
Seorang kawan saya selalu berpesan dengan saya, apabila membuat apa-apa transaksi yang melibatkan wang, urusan jual beli, pastikan saya ada nama agen, no phone dan kadnya. Untuk keselamatan juga, telefon pihak berkenaan untuk memastikan kesasihan agen tersebut. Semasa perjumpaan pertama denganagen, adakah tuan terus memberi 10% wang pendahuluan? Semasa proses saya, saya diminta membayar 1% dari harga rumah, as a booking fee. Agen itu juga memberitahu jangan bayar habis mana-mana wang dlam prosesntransaksi selagi tidak mendapat hitam putih kepastian dari semua pihak yang terlibat
http://www.alquran.co.cc .. Terjemahan dalam bahasa melayu disediakan sekali.
http://prosedurmembelirumah.blogspot.com/2013/12/prosedur-membeli-rumah-dari-agen.html