Tanam anggur pengenalan




Tanam anggur adalah panggilan yang aku gunakan untuk penganggur dan aku juga salah seorang daripadanya. Bukanlah suatu yang aku banggakan, malah amat memalukan, tapi aku tak nak jadikan ia alasan untuk aku kalah kepada keadaan ini.

Aku punyai ijazah, tapi amat sukar untuk aku mendapat perkerjaan yang setaraf dengan ijazah yang aku dapat. Jangan kata aku memilih, tapi perkerjaan yang aku dapat adalah sebagai operator pengeluaran. Selain dari tiu, tiada, dan jangan kata aku tak pergi interview, kerana sepanjang aku menjadi penganggur lebih daripada 20 sesi temuduga aku pergi. Mengapa yer aku tak dapat kerja? Keputusan teruk? Taklah juga, keputusan aku adalah 3.03, dan aku ada juga terlibat dengan pelbagai aktiviti luar, tapi masih tiada mendapat pekerjaan, sehinggalah adik kepada kakak ipar aku menolong aku menjadi guru ganti di sekolahnya selama dua bulan.

Pekerjaan pertama aku adalah setelah setahun dua bulan aku menganggur. Aku habis belajar hujung bulan 3, 2006 dan aku mula kerja pertama aku adalah pada 20 Jun 2007. lamakan? Kesian tak?

Gaji berdasarkan hari dan aku amat bersyukur dapat bekerja di situ. Selama dua bulan aku bekerja di situ, daptlah aku gaji sebanyak RM1300. ( sebabnya, gaji ikut SPM, bukan ijazah kerana ganti guru bersalin)

Bahasa Inggeris teruk? Taklah juga. Aku boleh bercakapa bahasa inggeris, taklah baik, tapi oklah. Sebabnya kau ada kawan dari Negara China, kami selalu cakap dalam BI.

Mungkin sebab appearance aku, aku tak cantik, tak suka sangat touch up and how to say, not too update lah.

Kemudian, beberapa hari setelah aku tamat kontrak, aku dapat bekerja sebagai operator panggilan di sebuah call centre untuk bank, dan aku dapat bekerja selama tiga bulan. Itu juga kontrak, dan ketika aku memberi surat perletakan jawatan penolong supervisor ku menyuruh aku jangan berhenti. Tapi sebab utama aku berhenti, bukan kerana kerja, tapi kerana masalah peribadi. ( moral kat sini, jangan duduk dengan abang atau kakak ipar, baik cari rumah sewa).

Untuk pengetahuan, sekarang ni rasa macam nyesal pulak berhenti kerja, tapi aku terpaksa dan abah pun amat kasihankan aku. Dan perlu diingat, sebab utama, personal, not work

Setelah lima bulan bekerja, baru ku sedar, hidup ini susah rupanya. Terlalu banyak dugaan, cabaran, dan rintangan. Hari- hari ada sahaja benda baru berlaku dan terlalu banyak perkara perlu dihadapi. Apatah lagi manusia mempunyai kehendak hati, nafsu dan keperluan yang hendak di penuhi hari-hari.

Sebelum aku mendapat pekerjaan pertamaku sebagai guru ganti, aku duduk di rumah selama setahun dua bulan. Ia suatu yang amat memeritkan, dan kini aku jadi penganggur lagi. Tapi aku bersyukur, aku bertemu dengan kenalan ynag baik, yang banyak memberi aku pengetahuan yang baik. Kawanku, namanya Sheelah, memperkenalkan aku kepada Internet Business, dan meminjamkan aku beberapa buku sebagai rujukan memperkenalkan aku kepada bagaimana pengguna internet boleh dapat mendapat pendapatan melalui internet.

Aku pula amat gemar internet sejak remaja, tapi aku selalu membaca cerita dan membuat benda yang tak berfaedah, dan setelah Sheelah menceritakan kepada aku bahawa internet

boleh memberi pulangan yang baik dan ramai orang telah memdapat pendapatan yang baik melalui internet, aku mula berminat untuk mengetahui secara mendalam. Dan sejak itu, aku mula membuat pelbagai carian ( research) dan mula mempelajari cara

untuk mendapat wang melalui internet.

Tapi perlu diingat ia bukan suatu ynag mudah dan senang, dan kalau ia mudah, tentu dah ramai berhenti kerja dan ramai sekarang dah jadi jutawan.

Selain itu, sebagai penanam anggur yang berjaya, saya tau ia susah menghadapi keadaan ini, jadi di sini, saya akan cari dan kongsi bagaiman penanam anggur di luar sana boleh hidup tanpa hanya perlu resort kepada kerja biasa shaja. Itu adalah untuk panduan saya dan pada masa yang sama saya menolong orang lain, kerana berkongsi itu baik. (sharing is caring).

Tujuan saya buat ini, adalah kerana saya sendiri penanam anggur, tapi saya tak mahu mengalah pada keadaan, saya akan terus berusaha cari kerja, dan masa yang sama, membuat sesuatu yang disukai, menulis, membaca, internet, dan menolong orang lain. Saya juga tengah menunggu keputusan temuduga KPLI pada Disember ini dan diharapkan saya melepasi temuduga tersebut dan dapat menjadi pendidik. Dan dalam masa yang sama, saya tak mahu otak saya jadi lembap dengan hanya menunggu panggilan ynag mengatakan saya dipanggil ke temuduga, jadi untuk mengaktifkan otak saya, saya perlu melakukan aktiviti membaca, menulis agar saya tak membuang masa begitu sahaja dan dalam masa yang sama harapnya saya dapat memperolehi pendapatan sampingan jua.

Selain itu juga, saya mempelajari beberapa aspek teknikal sebabnya, dalam mencari wang melalu internet, pengguna perlu mengetahui sedikit asas pasal web. Walaupun masih baru, tapi saya seronok mempelajrinya, dan kadangkala saya rasa amat susah, sebabnya belajar sendiri tanpa guru, tapi ia membuatkan saya terus ingin berusaha. Saya kerap katakan pada diri saya jangan berputus asa, dan mesti terus berusaha.


Comments