Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1429.

Saya memulakan tahun baru dengan keadaan yang sibuk untuk membuat persiapan memulakan KPLI. KPLI akan mula mendaftar pada 14 Januari ni. Banyak sungguh perkara perlu dibuat dan banyak juga duit diperlukan.

Tanggal hari Khamis 10 Januari lalu kita menyambut tahun baru lagi, tapi menurut calendar Islam iaitu 1 Muharam 1429. Selamat Tahun Baru Semua. Bagi umat Islam, 1 Muharam adalah calendar penting dalam sejarah Islam.

Kepentingan Hari Maal Hijrah ini ialah ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad (s.a.w) dari Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 masihi.


Kemudian, konsep Hijrah ini diguna pakai oleh ramai pihak, walaupun bukan dari segi hijrah perpindahan ke tempat lain seperti Nabi Muhammad (s.a.w), tapi dari segi hijrah sikap. Sesengguhnya musuh utama bagi setiap manusia adalah diri mereka sendiri. Hendaknya hijrah dapat dipraktikkan dalam diri, dalam sikap. Hijrah sikap daripada buruk kepada baik dan daripada baik kepada lebih baik.

Sempena tahun baru Hijrah 1429 ini, kita harus berusaha melawan hawa nafsu yang cenderung mengajak manusia ke arah melakukan perkara-perkara kejahatan dan penyeleweng daripada lunas-lunas syariat. Kita tanamkan azam baru untuk mengamalkan secara bersungguh-sungguh perintah Allah seperti yang ditunjukkan oleh baginda supaya amalan agama subur dalam diri umat Islam.

Hijrah daripada sifat jahil kepada sifat kecerdikan dan kepandaian. Ini semua merupakan maksud dan tuntutan hijrah dalam Islam. Maka hijrah dari satu amalan yang tidak diredai Allah kepada suatu amalan yang dikehendaki-Nya adalah termasuk dalam maksud hijrah yang sebenar. Dalam hal ini, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang Allah. (Riwayat Muslim).

Diambil daripada sini

( dua perenggan terakhir)

Saya juga berharap perkara yang sama. Saya ingin berhijrah, agar lebih mencapai kegemilangan dalam hidup ini, dari segi rohani mental dan fizikal. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Saya rasa saya dah memulakan tahun baru dengan baik, lepas ujian memandu pada 1 januari lepas, akan memulakan pengajian untuk menjadi guru dan harapnya selepas ini akan lebih banyak peluang yang baik datang. Saya juga harapkan perkara yang sama pada semua. Fighting.

p/s : apabila kita mengharap kepada perkara baik, maka perkara baiklah yang datang dan begitu juga sebaliknya. Kena selalu berfikir perkara yang baik dan jangan lupa kena sentiasa bermohon pada Allah, kerana dialah penentu segalanya. J

Comments