Nuffnang

Saturday, October 8, 2011

Sarcasm... berkesan ke?

Sarcasm atau jawapan dalam nada sarkastik, bagus ke? Sebenarnya, untuk orang yang tak biasa, pedih rasanya. Kadang-kadang tak perlu ayat berbau sarkasti, nada pun dah tau itu adalah nada sarkastik atau sindiran. Lagi kelakar kalau orang tak paham yang sinidiran itu dituju kepadanya. Contoh utama saya....

Masalahnya dengan sarcasm ni kan, maksudnya terlampau banyak boleh diinterpretasikan. Lagilah pula orang yang menyampai cuma nak mengingat, tapi didengari pula orang yang cepat kecil hati, boleh jadi isu besar....Then, tetiba pula orang yang ditegur tak mau bercakap sebab sinidiran itu, kan susah.

Lagi susah apabila sindiran itu dituju kepada orang lain dan orang lain pula yang terasa... oh oh, masalah tu.

Saya pernah jumpa orang yang boleh lawan balik sindiran yang orang lain beri, dan bagi saya orang tersebut mempunyai daya bahasa yang tinggi. So, apa pendapat anda?

0 comments: