Seronokya online shopping

Pernah tak anda online shopping- membeli barangan secara maya, melalui internet? Jika belum, jangan mula, kerana ia terlalu mudah, seronok dan menagihkan, sebab saya dalah salah seorang penngemarnya. lagilah jika anda menggunakan paypal yang mana paypal mula bersambung dengan kad kredit anda, maka anda perlu berhati-hati.

Tapi bagi saya, saya gemar kerana ia lagi mudah berbanding membeli secara luar talian. Saya duduk di luar bandar, jauh dari bandar dan untuk mencari kamera bagus perlu ke bandar yang mangambil masa hampir dua jam, tol lagi dan makan. Penat dan agak membuang masa. Jadi membeli secara online memang bagus untuk saya.

Satu lagi kelebihan membeli di talian adalah anda dapat banding harga di pelbagai tempat. Lagi mudah diingat sebab tab boleh digunakan dengan mudah untuk membandingkan harga, berbanding offline, yang mana kadang-kadang saya terlupa harganya. Jika bagi anda beza seringgit dua tak ada masalah, tak apalah. Tapi bagi saya ia tetap duit. 

Walau apa pun, dalam mana-mana pun, berhati-hati dan fikir dahulu sebelum membuat keputusan. Perbuata yang dah terlajak susah nak undur.

p/s : kalau nak beli barang banding dengan harga ebay.au, di situ kadang2 harga barang bagus...^_^

Comments