Mahalnya beli rumah ....

Rupanya bukan mudah membeli rumah dan ia akan mengambil masa yang amat lama. Dalam post saya sebelum ini, saya telah tulis mengenai proses beli rumah dan kos-kos yang terlibat. Rasanya hari itu, saya tak sebut mengenai kos peguam, jumlah bagi kos peguam. Saya menggunakan peguam yang sama untuk urusan rumah dan bank. Kata agen saya, lagi mudah kalau guna peguam yang sama dan proses pun jadi cepat. Agak-agak berapakah kos peguam untuk beli rumah dari tuan punya rumah, bukan pemaju? Untuk rumah saya, kosnya adalah hampir RM5000 ....

Kata pembantu peguam yang saya berurusan, Kak Ju, dia kata, kalau beli dengan pemaju, lagi mudah dan yuran peguam biasanya dah termasuk dengan kos pembelian. Sebab itu beli rumah dengan pemaju lagi murah untuk kos awal berbanding dengan beli rumah atas tangan. Untuk saya pula, sebab utama saya beli rumah atas tangan sebab untuk jadi aset. Rumah ini akan saya sewakan. Lagipun saya tinggal dengan mak ayah saya.

Memang ada hati nak beli rumah dengan pemaju, tetapi harganya, wahhhh, lebih rm100k, dan buat masa sekarang saya masih belum mampu.

Apa-apa pun, saya amat bersyukur sebab proses pembelian rumah saya hampir selesai, walau hakikatnya, kini saya tengah kering sebab tetiba perlu membayar kos peguam. Saya sangkakan urusan akan selesai dalam bulan 2 / 3. Wang untuk bayaran peguam telah digunakan untuk melancong dan akan melancong lagi.

Alamak, lepas ni, memang kene berjimat bersungguh-sungguhlah. :)

Comments