Bestnya sikap tak kisah



Bestnya sikap tak apa ...

Tak apa adalah sikap tak kisah diperlakukan bagaimana pun, walau disakiti. Apa pun orang buat pada kita, tak per, abaikan dan balik semula seperti semula, walau kejadian itu amat menyakitkan hati.
 Orang kata, sikap tak apa, tak patut ada. Kita perlu mengambil hak kita dan membalas apabila diperlakukan dengan tidak adil. Tetapi untuk buat seperti memerlukan kekuatan dan ketabahan.

Kuat untuk menemplak balik apa yang diperkatakan orang itu dan mempertahankan hak diri apabila diserang. ALa-ala peguam lah. Walau apa pun yang dikatakan, mereka akan mencari jalan untuk menegakkan hak mereka walau sampai perlu menegakkan benang yang basah.

Saya tak ada kekuatan itu dan juga tak mampu untuk membuat tak kisah. Hati terasa sakit dan masih teringat apa yang diperkatakan oleh orang tersebut walau kejadian itu telah berbulan berlaku. 

Keadaan semakin susah sebab saya perlu melihat diri dia banyak kali. Oh Oh...Sebab itu saya katakan, bestnya sikap tak apa, boleh abaikan perasaan itu dan buat tak tahu sahaja.
Untuk sebab itu, saya kagum orang yang tetap mampu tersenyum pada orang yang telah memperlekehkannya dan tetap menjadi kawan. Mampu berborak dan ketawa. Bilalah saya boleh buat begitu.

Saya pun seorang yang keras hati, jadi untuk beralah dan membuat seperti biasa rasanya tidak mampu. Rasanya apa yang dia buat terlalu perit untuk saya telan. Bukan tak pernah alaminya, dan saya akan mengambil masa bertahun untuk buat seolah kejadian itu tak pernah berlaku. Cuma yang pasti,sekarang saya akan meletakkan dinding antara saya dan orang itu dan tak boleh buat sebaik yang saya pernah buat.

Hanya sekarang, saya sedang mencari kemampuan untuk berhadapan dan tersenyum dengan orang itu dan berborak seperti orang normal dan tidak buat seolah-olah saya sedang bermusuh dengan dia.
Teringat suatu cerita di Televisyen, di mana walau mereka tersenyum, berpelukan, tetapi sebenarnya di hati mereka saling membenci, tetapi tetap mampu berlakon di hadapan orang lain. Orang lain ingatkan mereka berkawan rapat, tetapi rupanya mereka bermusuhan....
Oh yer, hidup kan hanya lakonan, kan?

Comments