Wang Simpanan dan Wang Kecemasan

Selamat Hari Raya 2013....



Seronoknya menyambut hari raya, tetapi pada usia semakin dah banyak ni, kemeriahan dan semakin kurang. Lebih banyak rasa bebanan dan tanggungjawab. Bebanan dari segi kewangan dan tenaga, dan keinginan nak seperti orang lain.

Orang lain pakai baju baru, jadi, hari raya, mesti ada baju baru, langsir baru- semua melibatkan wang. Tambah lagi keperluan lain, sebab masa raya ni lah nak berjalan sana sini, melawat saudara mara, maka, wang tambahan pun perlu disediakan juga. Untuk minyak dan paling penting - wang kecemasan, kerana ia boleh berlaku pada bila - bila masa sahaja.

Tapi sayang, perkara terakhir tersebut, iaitu wang kecemasan susah nak diadakan. Walhal, kita dah lama diajar, sediakan payung sebelum hujan. Jadi, kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan. Sebab, baru-baru ni, berlaku pada saya. Jadi, bila wang tiada, bagaimana? Tapi sama juga kalau semua simpanan di dalam saham amanah, atau emas, tiada tunai yang dapat digunakan segera, keadaan sama juga. Tiada wang, susahlah.

Saya pernah membaca bahawa kita memerlukan 6 bulan wang kecemasan. Tapi kalau anda bekerja, 3 bulan. 6 bulan jika anda berniaga. Tapi bagaimana lah nak adakan simpanan kecemasa sedangkan gaji yang ada pun hanya cukup-cukup sahaja. Bagaimana nak jawab soalan ni yer?



Comments