Sampai bila yer nak bayar hutang

Perkara pertama yang dibuat setelah dapat gaji adalaah bayar hutang. Bayar hutang banyak, dan baki baru boleh guna untuk kegunaan diri sendiri. Sebabnya, hutang wajib bayar, kan, Seronoknya kalau ada wang lebih dan boleh bayar hutang sekali gus. Tapi entah bila lah boleh buat begitu.

Paling best bila tiada hutang yang perlu dbayar, dapat belanja sesuka hati. Tapi, dalam kehidupan sekarang, susah nak hidup begitu. Kata orang, kalau tak berhutang, memang tak sah. Beli kereta, rumah. Semuanya berhutang. Lagilah dalam diri, ada kemahuan yang ingin dikecapi. pergi berjalan, rasa barang mewah, nak baju cantik, tapi, perlu ukur baju di badan sendiri.

Sebenarnya, ini peringatan untuk diri sendiri, agar lebih berhemah apabila berbelanja. Jangan ikut hati, nanti mati. Perlu ada simpanan dan buatlah sikit pelaburan untk masa hadapan. Di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalannya. Walau duit bukan segalanya, tapi sebab duitlah orang sengsara dan boleh buat gembira. Paling teruk, sebab duit, orang sanggup buat apa sahaja. 

Comments