Kata kunci tahun 2014

Untuk memastikan tahun 2014 adalah tahun yang tidak menyesaakan, terutama daripada segi kewangan, maka kata kunci tahun 2014 bagi saya adalah, jimat, tambah dan sabar.

Jimat, dari segi kewangan. Setelah puas membeli barangan yang selama ini diingini, (puas ke? ada ke puas membeli?), maka, saya perlu berjimat. Kerana, keinginan tak pernah puas, akan ada sahaja yang ingin ditambah, ada sahaja yang kurang, jadi perlu jimat, perlu berhati-hati ketika berbelanja.

Kemudia, kata kunci seterusnya adalah untuk menambah pendapatan. Sebab saya bekerja sepenuh masa dan menyambung pelajaran pada waktu yang sama, satu- satu cara menambah pendapatan adalah melalui internet. Tapi bukan mudah, ada sahaja syaratnya, dan ia pun perlukan kerja keras, skill dan waktu. Sebab saya suka menulis, mengarang, ini adalah antara cara yang akan ditumpukan.

Sabar, tenang dan tabah. Semakin tua, sepatutnya semakin lali dengan kehidupan yang penuh dengan cabaran. Tetapi, cabaran sentiasa datang, kadang-kadang terasa amat sedih, dan asik fikir nak lari, lagi senang, tapi, rupanya kene sabar, tabah dan tenang. Tapi bukan mudah, kene praktis. Kena kuatkan hati dan sentiasa berdoa dan yakin bahawa setiap dengan kesabaran dan ketabahan akan ada hadiah di akhirnya.

Comments