Harga Minyak Naik

Dulu, selalu guna internet untuk cari wang sampingan, tapi sejak bekerja, ketekunan dan kesungguhan tu dah lama hilang. Sebab penat bekerja dan bila dah bekerja, lain komitmenya. Kemudian, sambung belajar lagi .... Penat. Jadi guna internet hanya untuk cari hiburan sahaja.

Tahu dan faham, ia merugikan, tapi mungkin sebab kalah dengan kehendak. Tapi, tetiba pula harga minyak naik lagi, aduii, maknanya kos sara hidup akan meningkat lagi lah nampaknya. Maka, dengan ini, kesungguhan mencari extra income perlulah dimulakan semula.

Mungkin sebab dah selesa dengan keadaan sekarang, jadi kesungguhan itu sudah hilang, atau memang sudah penat sanagat setelah bekerja, jadi minat itu tiada. Tapi apabila baca kisah mereka yang berjaya, yang mereka bersungguh bekerja tanpa kisah penat lelah, mungkin, saya perlu keluar dari rasa selesa itu. Nampaknya saya perlukan motivasi baru untuk berusaha.

Blog ni pun dah lama tak update. Hmm, nmpaknya mmg kene bangun dan berusaha ni....

Zaman hadapan akan lebih mencabar. Jadi, perluakan wang, kesungguhan dan keyakinan yang tinggi agar tidak ketinggalan. Wish me luck.

Comments