Nuffnang

Tuesday, May 16, 2017

Konsep Menabung , Jom Simpan Duit :)

Daripada facebook Puan Marlia Ramli - Repost dengan kebenaran yer

Konsep asasnya mudah saja... Simpan dan lupa! Tapi masalah berlaku bila simpan mula terkenang, mula match kan digit dengan jenama handbag, angka diatur selari dengan jenama kereta. Biar papa asal bergaya. Ehhh! Kalau ada penyakit begitu segera tukarkan nilai tunai ke bentuk yang lebih kukuh cam UT, rumah pelaburan, emas perak. Barulah susah nak bocor angka wang tunai!

Konsep menabung adalah hidup di bawah kemampuan. Kalau hidup ikut kemampuan lambatlah juga.

Asalkan ada wang, habis ngam2 dibelanja. Jangankan simpanan, PTPTN dan insuran langsung tak bayar. Seeloknya jika bermasalah begini minta saja HR lakukan pemotongan ASB, TH, PTPTN dan insuran melalui gaji. Paling busuk kalau bujang 30% dan kalau dah berkahwin 15% biar HR potongkan siap2 ke simpanan, hutang pendidikan juga insuran. Selebihnya baru belanja.

Kalau yang dah berkahwin, eloklah izinkan isteri mengurus kewangan. Wanita ni semulajadi nya teliti dan terperinci. Direkod, dikira setiap sen dan diselesaikan segala bil on time! Untunglah suami, dah ada secretary. Tapi tengoklah tahap ilmu pengurusan kewangan isteri ya... Kalau sang isteri belum bersedia, terpaksalah suami uruskan wang gaji. Asalkan kewangan keluarga terjaga dan terkawal sentiasa.

Yang dah ada anak jangan sesekali menafikan hak pendidikan anak-anak. Di masa depan mohon menyesal jika anak tak dapat sambung belajar akibat kegagalan kita menyediakan dana. Seawal mengandung asingkanlah hak pendidikan anak-anak. Kalau dapat hadiahkan setiap anak seekar tanah atau sebuah rumah lagilah terbaik juga. Mudah mudahan tidak perlulah mereka berhutang seawal gaji pertama. Insya'allah...

Yang suami isteri katanya nak macam bebudak wicet hidup bersama hingga ke Jannah. Maka seawal bulan pertama kahwin tabungkanlah dana persaraan. Cukupkan juga RM1,300 dalam TH dan daftarlah haji. Boleh juga guna penyata KWSP untuk daftar Haji. Kemudian suami isteri penuhkan TH at least RM15,000 seorang sebagai dana peruntukan menunaikan Haji. Kalau ada rezeki dapatlah menunaikan rukun bersama-sama. Barulah bercinta hingga ke Jannah kan?

Sejak dulu hanya dua mentera yang akak amat pentingkan. Ianya adalah dana kecemasan dan kepelbagaian pelaburan. Ye la, pelabur bilis yang kurang ilmu seperti akak harus memastikan risiko ditangani sebaiknya.

Dana kecemasan dapat meringankan sedikit jika ditimpa ujian. Kepelbagaian pelaburan pula membantu mengimbangi untung rugi dalam pengiraan.
Susahkan di zaman GST ni? Gaji kecik, kos sara hidup tinggi. Akak faham sebab kita ini makan gaji semata-mata. Dulu masa gaji kecik time jadi Executive, akak jual spagethi sebagai wang poket tambahan. Mungkin anda boleh buat kek ke, jual kuih raya ke jual apa-apa asalkan halal. Kalau orang lain boleh usahakan pendapatan kedua, tak kan kita tidak boleh kan? Kekalkan matlamat 15%~30% simpanan bulanan.

Dah ada tujuan menabung tak de la kita fikir MENABUNG ITU SUSAH. Semoga memberi manfaat walaupun sedikit ya...

0 comments: