Hidupkan, perlu terus jalan

Setiap orang ada timeline masing-masing ...
Setiap orang berbeza timeline mereka, jangan banding ...

Ada orang umur 20 sudah kahwin, dan umur 30, sudah berderet anak, tapi ada juga yang belum kahwin, tak pernah bercinta.

Setiap orang ada kelebihan, ada kekurangan, ajarkan diri untuk bersangka baik dengan kekurangan yang ada, usah bersedih terlalu lama dengan kelemahan yang ada, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

Pernah seorang kawan berbicara, bahawa umurnya sudah 40, tapi dia tiada apa-apa pencapaian yang boleh dibanggakan, dia hanya ada anak dan suami. Dalam dunia sekarang yang sentiasa perlukan wang untuk pelbagai perkara, kawan ini berasa sedih, tapi hati dan perasaannya kuat, dan dia tetap berusaha dan berfikiran positif.

Ada yang mengatakan sepatutnya, dalam usia 35, sudah patut ada itu ini, tapi, jika tak ada, tak apa, bersangka baik dengan Allah, tapi tetap perlu berusaha dan memperbaiki diri.

Perlu sentiasa bersyukur dengan rahmat Allah, perlu yakin dengan ketentuan yang Allah dah beri. Walau apa halangannya, walau apa cabarannya, walau terpaksa merangkak, tetap perlu teruskan perjalanan kehidupan ini dengan tabah dan yakin.

Gambar di Pulau Nami, ....

Comments