Walau perlu jalan seorang ....

Walau perlu jalan seorang diri, jangan mengalah, jangan berhenti ...
Ambillah ebanyak mana masa yang diperlukan untuk berehat, tapi, jangan berhenti ...
Walau tiada yang menyokong, walau rasa sangat sunyi, bantuan itu ada di mana-mana ...

Allah itu ada, mengadulah, menangislah, berdoalah ...
Walau sendirian, tapi sebab ada Allah, itulah yang yang akan jadi senjata ...
Walau sedih, walau sunyi,
Itu bukan alasan untuk menjadi jahat, menjadi pendendam ... menjadi penyusah ...

Hidup ini adalah tempat bekerja, membuat manfaat pada orang ....
Seorang tapi tak semestinya sunyi ...
Penuhilah diri dan hati dengan aktiviti berfaedah ...
Belajarlah dari youtube,
Berkawanlah dari facebook ...
Carilah yang baik-baik, maka yang baik-baik akan datang ...

Hidup kat dunia ni, hati perlu kental, badan perlu sihat dan aktif, mental pun perlu kuat ...
Jangan hanya layan perasaan diri tu ...
Usahakan untuk sihat bada, kuat minda dan hati ...
Walau buat seorang diri ...
Walau perlu jalan sendiri ...
Jalan sahaja, jangan berhenti ...

Comments