Bila orang dah tak suka

 Bila orang dah tak suka, dilayan nya kita seperti sampah, walhal, semasa dia susah, kita nilah yang menolong, tak berkira duit, tenaga dan masa ... Dan tidak pula minta apa-apa balasan. 

Bila orang tak suka, dibuat nya kita ni terasa, dilayan nya kita ni seperti musuh, sampai menjauhkan diri sejauh jauhnya daripada orang yang pernah menolongnya itu. 

Bila orang tak suka, sudah tidak peduli perasaan orang yang dibencinya. 

Tapi pada orang yang membenci ...

Jika kamu buat pada seseorang yang lemah keyakinan dirinya, dan diri orang itu sendiri tengah berjuang, kamu membuatkan orang itu sangat terasa sati, sampai menangis, dan orang itu mencari-cari apa kesalahannya ... Beritahulah, bertanyalah, jangan terus menghukum dengan melayan orang itu seperti sampah.Orang itu pun punya perasaan. Hanya kamukah yang berperasaan , hanya perasaan kamu sahaja ke yang penting?

Semoga berbahagia, si pembenci. Jika dahulu, ada terasa sedih dan kesian dengan nasib menimpa diri kamu, tapi rasanya apa yang kamu kene itu bersesuaian dengan diri kamu yang sangat pentingkan diri, yang seperti kacang lupakan kulit. 

Pada yang dibenci, teruskan jalan, bukan masalah kamu untuk dia membenci kamu, untuk dia melayan kamu seperti sampah, kerana itu hanya menunjukkan dia mempunyai masalah dengan dirinya sendiri dan menjadikan kamu sebagai punching bag. Teruskan jalan, abaikan perasaan terguris kamu dengan menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih berfaedah. Tiada guna membuang masa dan tenaga dengan perkara begini. Berserah lah kepada Allah, semoga Allah menunjukkan kebenarannya. 


Comments