Menyimpan itu susah

 kenapa menyimpan itu susah yer?

sebab ia perlukan disiplin diri yang tinggi yang perlu dipupuk dan dibentuk sejak kecil, dan memerlukan keazaman yang kuat .. 


yer lah, menyimpan, bermaksud kita perlu mengenepikan kehendak diri unutk memebeli dan memeiliki sesuatu yang menyeronokkan, dan menolak segala pengaruh unutk memiliki atau makan sesuatu yang enak dan viral ....


Sebenarnya, pagi ni, tengok perbelanjaan yang telah digunakan dalam kad kredit, dan berhuhuhu, sebab telah membelanjakan wang yang agak banyak juga, walau ia adalah keperluan. Mengapa saya menggunakan kad kredit? sebab ia mudah .. walau akhirnya saya perlu berusaha unutk membayar hutang kad secara penuh unutk mengelak daripada terkena denda yang cas interest yang maha tinggi. 

Lagilah sekarang dengan kos sara hidup yang semakin meninggi, dengan harga kenaikan barang yang semakin tinggi .. maka berhuhu lah unutk menyimpan. 


tetapi, menyimpan itu masih perlu dilakukan, kerana kita tak tahu keadaan di masa hadapan. Wang yang disimpan inilah yang akan membantu kita menghadapi masa depan yang tidak menentu. Menimpan adalah usaha untuk menghadapi masa depan yang tidak menentu.

Comments