Bukan mudah nak mudah

 Impian ramai antara kita adalah untuk hidup mudah, mudah menjalankan aktiviti harian, mudah nak makan, makan sudah sedia depan mata, pakaian yang disukai ada depan mata, kenedraan terbaik sudah ada siap digunakan dan kalau boleh terus naik kereta dan ada pemandu, tanpa perlu fikir apa-apa ...

tapi keadaan sebenar kehidupan, bukan macam itu, semua perlu kepada ilmu, keinginan dan kelakuan ...

Nak makan, perlu ada kemahiran masak, melainakn minta orang masakkan, nak beli makanan dengan penghantaran pun perlu ilmu unutk menempah, walau semua di hujung jari ... Bukan mudah nak mudah kan ...

Keinginan nak hidup mudah perlukan usaha yang berfokus, dan berkeinginan tinggi unutk merubaha hidup yang tak mudah kepada mudah ...Banyak peraturan kehidupan yang perlu diikuti ..

Antara yang utama adalah disiplin yang kukuh, bukan buat bila nak buat. 

Disiplin untuk fokus, disiplin untuk belajar, berusaha ... semua ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal ... walau apa yang berlaku dengan disiplin yang kuat, daya fokus yang tinggi dan kesungguhan yang tidak berbelah bagi, barulah dapat menjadikan kehisupan itu mudah ... 

Tapi, ia bukan mudah, kerana sesunguuhnay baring dan berangan di atas katil sambil melayan handphone itu lagi mudah dan menyeronokkan pada waktu itu, jadi kenapa perlu bersusah fikir keadaan masa hadapan?

Ini peringatan untuk diri sendiri yang mempunyai keinginan dan kemahuan yang tinggi, tapi disiplin yang rendah. 


Semoga bermanfaat.

Comments