Nuffnang

Wednesday, May 13, 2009

3,000 hadir temuduga terbuka Jabatan Pelajaran

Lebih 3,000 pencari kerja menghadiri sesi temuduga terbuka di Jabatan
Pelajaran Negeri Kedah di sini hari ini.
Pengarah Pelajaran Kedah, Shahidan
Abd Rahman, berkata empat jenis jawatan ditawarkan termasuk guru siswazah kontrak, pegawai tadbir kontrak, penolong pegawai tadbir kontrak dan pembantu tadbir kontrak.
Temuduga terbuka itu, yang sepatutnya diadakan sehari sahaja,
di lanjutkan sehingga esok disebabkan terlalu ramai yang hadir,
katanya.
Temuduga serupa turut diadakan di beberapa negeri lain.

BERNAMA

diambil dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0514&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Wah, ramainya, teringat saya masa mengalami saat-saat seperti itu, bukan mudah. Tak apa, yang penting jangan putus asa. teruskan. Selamat berjaya untuk semua.

10 perkara sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalamkategori sia-sia, iaitu:-

1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpamemanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Saturday, May 9, 2009

Ikhlas

Saya selalu kata pada anak murid saya, kamu perlu ikhlas. Ikhlas penting, sebab bak kata pepatah orang melayu, kalau kita minta balik apa yang kita beri, nanti burk siku. Dulu masa kecil-kecil selalu kata dengan kawan atau kawan akan kata balik pada saya, buruk siku kamu sebab minta balik.

saya dah dewasa, saya tahu pasal peri pentingnya keikhlasan tu, tapi ada masa, kerana sesuatu perkara, daripada ikhlas, jadi mengungkit. Saya tahu keburukannya, tapi kerana diri tak kuat, terpacul juga dari mulut atas apa yang telah diberi sebelum ini.

Di sini, saya letakkan artikel yang saya dapat dari kawan semasa di maktab mengenai kepentingan ikhlas dan tanda-tanda nak tahu sama ada kita ikhlas atau tak.

IKHLAS....

Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk
apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan
kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.Sudah tentu, niat pada permulaan kita
membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah
semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah.

Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah
terkena penyakit ‘chicken pox’ dsbnya, ada
tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini
ikhlas
.Antaranya :

1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
2. Kita tidak berasa hati apabila usaha kita dikritik oleh manusia.
3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub
akan diri sendiri.
5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.
6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.
8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua
tetapi tetap bekerja dan menyumbang.
9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi
ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)

Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini
hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria’, taajub, takabbur dan
seumpamanya.

Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala
sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka
yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan.Walaubagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak. Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.

Sama-samalah kita berdoa: Wahai Tuhan kami! Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami, pimpinlah kami ke arah kebaikan, hiasilah kami dengan taqwa, kurniakanlah kepada kami taat setia kepadaMu sepanjang hidup kami. Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu, syukur kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, taubat kepadaMu, khusyuk kepadaMu. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami mohon kepadaMu ketetapan di dalam urusan ini keazaman di dalam hidayah tolonglah kami
mengingat Engkau menyebut namaMu mensyukuri Engkau baik ibadat kepadaMu.

Friday, May 1, 2009

WASIAT IMAM SYAFI’E (bahagian 3)

21. Sesorang itu tidak mampu untuk menghukum tentang sesuatu samaada halal atau haram melainkan dengan ilmu yang dimiliki

22. Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa maka tiada kemuliaan baginya

23. Terlalu mengharapkan kelebihan dunia merupakan azab Allah kepada ahli tauhid ( beragama )

24. Sesiapa yang membenarkan sahabatnya maka diterima amalan, ditutup keburukan dan diampun kesalahannya

25. Sesiapa yang engkau redha akan menyebut-nyebut (puji) pada
sesuatu yang tiada pada dirimu begitulah juga mereka yang engkau marah akan menyebut-nyebut (keji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu

26. Politik pergaulan manusia berlainan dengan politik pergaulan binatang

27. Orang berakal ialah mereka yang mana akalnya mampu mengawasi dirinya daripada segala kejahatan


28. Sekiranya manusia mengetahui keburukan percakapan dan hawa nafsu maka mereka akan melarikan diri daripada keduanya sebagaimana mereka melarikan diri dari harimau

29. Bagi akal itu ada penghujungnya, begitulah juga dengan sabar yang mana ada penghujungnya

30. Sesiapa yang menyimpan rahsianya maka kebaikan berada di tangannya

31. Sekiranya ulama’ yang beramal dengan ilmu mereka tidak
boleh dianggap waliullah maka aku tidak tahu lagi adakah bagi Allah itu wali

32. Jika aku tahu dengan meminum ais sejuk akan mengurangkan maruahku nescaya aku tidak akan minum melainkan air panas


WASIAT IMAM SYAFI’E (Bahagian 2)

Sambungan

11. Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar di atas segala kesusahan di dalam mencapainya.

12. Apabila telah tetap perkara asal di dalam hati maka lidah akan berkata mengenai cabangnya ( hasil )


13. Sesiapa yang mahu kebahagian di akhirat maka dia hendaklah ihklas dengan ilmu

14. Sekiranya manusia berfikir mengenai kandungan surah al-Asr maka sudah mencukupi

15. Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan
perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui. Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar

16. Perdalamkanlah ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu

17. Perdalamkanlah segala masalah ilmu agar ia tidak akan menyempitkan masamu

18. Keelokan oarng yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu
pula ialah warak dan berlemah lembut

19.Sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintai dunia dan dalam masa yang sama dia mencintai Penciptanya maka sebenarnya dia telah berbohong

20. Sekalipun seseorang itu bersungguh sungguh untuk mencapai keredhaan manusia maka tidak akan menemui jalan ke arah
itu. Oleh itu dia hendaklah mengikhlaskan amalannya antara dia dan Allah Tidak mengetahui seseorang tentang riya’ ( bermegah dengan amalan ) melainkan orang yang benar-benar ikhlas