Nuffnang

Saturday, October 8, 2011

Seronokya online shopping

Pernah tak anda online shopping- membeli barangan secara maya, melalui internet? Jika belum, jangan mula, kerana ia terlalu mudah, seronok dan menagihkan, sebab saya dalah salah seorang penngemarnya. lagilah jika anda menggunakan paypal yang mana paypal mula bersambung dengan kad kredit anda, maka anda perlu berhati-hati.

Tapi bagi saya, saya gemar kerana ia lagi mudah berbanding membeli secara luar talian. Saya duduk di luar bandar, jauh dari bandar dan untuk mencari kamera bagus perlu ke bandar yang mangambil masa hampir dua jam, tol lagi dan makan. Penat dan agak membuang masa. Jadi membeli secara online memang bagus untuk saya.

Satu lagi kelebihan membeli di talian adalah anda dapat banding harga di pelbagai tempat. Lagi mudah diingat sebab tab boleh digunakan dengan mudah untuk membandingkan harga, berbanding offline, yang mana kadang-kadang saya terlupa harganya. Jika bagi anda beza seringgit dua tak ada masalah, tak apalah. Tapi bagi saya ia tetap duit. 

Walau apa pun, dalam mana-mana pun, berhati-hati dan fikir dahulu sebelum membuat keputusan. Perbuata yang dah terlajak susah nak undur.

p/s : kalau nak beli barang banding dengan harga ebay.au, di situ kadang2 harga barang bagus...^_^

Sarcasm... berkesan ke?

Sarcasm atau jawapan dalam nada sarkastik, bagus ke? Sebenarnya, untuk orang yang tak biasa, pedih rasanya. Kadang-kadang tak perlu ayat berbau sarkasti, nada pun dah tau itu adalah nada sarkastik atau sindiran. Lagi kelakar kalau orang tak paham yang sinidiran itu dituju kepadanya. Contoh utama saya....

Masalahnya dengan sarcasm ni kan, maksudnya terlampau banyak boleh diinterpretasikan. Lagilah pula orang yang menyampai cuma nak mengingat, tapi didengari pula orang yang cepat kecil hati, boleh jadi isu besar....Then, tetiba pula orang yang ditegur tak mau bercakap sebab sinidiran itu, kan susah.

Lagi susah apabila sindiran itu dituju kepada orang lain dan orang lain pula yang terasa... oh oh, masalah tu.

Saya pernah jumpa orang yang boleh lawan balik sindiran yang orang lain beri, dan bagi saya orang tersebut mempunyai daya bahasa yang tinggi. So, apa pendapat anda?

Setelah lebih setahun meninggalkan blog

Wah, lamanya tak jenguk blog ni....
Hari ini terbuka hati untuk menulis kembali di blog yang telah lama ditinggalkan.

Dahulu blog ini dibuat sebagai salah satu cara saya nak cari duit online dan memandangkan blog bi yang lebih dapat duit, jadi saya tumpukan perhatian kepada blog tersebut. Nak kata bayak dapat pun, taklah banyak. Tapi rasa berbaloi sebab ajar diri ni perbaiki bahasa inggeris, dan berusaha.

Kemudian, saya belajar jangan putus asa dan terus berusaha. Lagilah kehidupan amat mencabar dan perlukan ilmu dan kekuatan untuk menghadapinya. Rasanya sekarang blog ini akan berubah arah. Tak taulah niche apa, tapi saya nak teruskan menulis, walau tiada yang abca, saya yang baca pun ok kan.