Nuffnang

Saturday, December 22, 2012

Mahalnya beli rumah ....

Rupanya bukan mudah membeli rumah dan ia akan mengambil masa yang amat lama. Dalam post saya sebelum ini, saya telah tulis mengenai proses beli rumah dan kos-kos yang terlibat. Rasanya hari itu, saya tak sebut mengenai kos peguam, jumlah bagi kos peguam. Saya menggunakan peguam yang sama untuk urusan rumah dan bank. Kata agen saya, lagi mudah kalau guna peguam yang sama dan proses pun jadi cepat. Agak-agak berapakah kos peguam untuk beli rumah dari tuan punya rumah, bukan pemaju? Untuk rumah saya, kosnya adalah hampir RM5000 ....

Kata pembantu peguam yang saya berurusan, Kak Ju, dia kata, kalau beli dengan pemaju, lagi mudah dan yuran peguam biasanya dah termasuk dengan kos pembelian. Sebab itu beli rumah dengan pemaju lagi murah untuk kos awal berbanding dengan beli rumah atas tangan. Untuk saya pula, sebab utama saya beli rumah atas tangan sebab untuk jadi aset. Rumah ini akan saya sewakan. Lagipun saya tinggal dengan mak ayah saya.

Memang ada hati nak beli rumah dengan pemaju, tetapi harganya, wahhhh, lebih rm100k, dan buat masa sekarang saya masih belum mampu.

Apa-apa pun, saya amat bersyukur sebab proses pembelian rumah saya hampir selesai, walau hakikatnya, kini saya tengah kering sebab tetiba perlu membayar kos peguam. Saya sangkakan urusan akan selesai dalam bulan 2 / 3. Wang untuk bayaran peguam telah digunakan untuk melancong dan akan melancong lagi.

Alamak, lepas ni, memang kene berjimat bersungguh-sungguhlah. :)

Saturday, October 27, 2012

Update : Beli rumah



Sebelum ni saya bercerita mengenai proses membeli rumah dansetelah hampir tiga bulan berurusan dengan agen dan kebanyakan masa menunggu jawpaan dari agen, akhirnya  saya kini menunggu peguam untuk finalize the process... harapnya beberapa bulanlah, jadi sempat kumpul duit untuk bayar yuran guaman. Duit dah banyak digunakan ke arah lain ... huhuhuhuhu.

Lagipun Sebab saya beli rumah atas tangan dan melibatkan agen, jadi kosnya, wahhhh, 1/5 daripada harga kos rumah... huhuhuhu....

1/5 itu termasuk harga 10% downpayment, lawyer initial fee lah (buka fail)  dan macam-macam.  Tetapi perlu dimaklumkan bahawa rumah saya berharga bawah rm70k dan dibeli di Johor.  Katakan rumah saya berharga rm65k, 1/5  adalah 13k, (dan ini bayaran peguam belum settle, perlu paling kurang rm3k lagi... wahhh)

Kata agen saya, prosedur beli rumah di Johor, terutama rumah yang dibeli dari orang lain, lain caranya berbanding dengan negeri lain.  Pasal ni, kene google lah.

 Surat perjanjian telah ditandatangani dan loan dengan bank pun dah lulus. Sekarang ni tunggu dari pengesahan daripada agensi perumahan. Tak sabar rasanya nak jadi tuan milik rumah tersebut. Walau pun tujuannya nak dijadikan sewa, tetapi ada rumah atas nama sendiri, rasa bangga sangat-sangat. Ya Allah permudahkan urusan hambaMu ini. :)

Beli barangan bundle

Barangan bundle adalah barangan yang second hand, dijual dengan banyakknya. Ok, itu adalah makna pada diri saya. .. :)

Biasanya jarang orang nak beli barangan di sini sebab barangannya sudah digunakan orang dan kadang-kadang barangan agak buruk... saya pun jarang-jarang nak beli barangan ini sampailah...

Saya dan kawan akan melancong ke China pada akhir bulan November ni. Masa booking pakej pelancongan ini, tak terfikir pun pasal cuaca tapi sebab nak melancong, maka booklah dan bayar. (Kata kawan yang sudah selalu melancong, dia kata, harga pakej itu murah, dan rupanya murah sebab musim sejuk tak ramai nak melawat Chine ... :(   .

Setelah selesai pembayaran (Satu tindakan yang amat tidak bijak, sepatutnya saya cek dahulu keadaan di sana... tetapi telah belikan, jadi teruskan) barulah saya cek di internet keadaan di China pada akhir dan awal Disember dan oh oh... di sana akan sejuk sangat....

Jadi perlulah beli baju sejuk. Setelah cek online harga baju dan pergi ke kedai baju sejuk  aka universal traveller, wow, harga baju mak oiiii.... beratus. Takkan lah nak beli yang mahal gitu untuk trip yang beberapa hari sahaja. Tetapi di hati ada gak terfikir, kalau terpaksa ni, memang kenelah beli. :(

Jadi semasa mencari baju-baju sejuk untuk dibeli, saya terfikir untuk pergi ke kedai bundle. then, jeng jeng, di sana ada dijual baju sejuk dan harganya lak amat-amat memeranjatkan. Olah, memanglah tak secantik seperti yang baru, tetapi masih ok dan yang penting boleh bantu tahan sejuk di sana. Ini adalah contoh baju yang saya beli. Baju ini dibeli untuk kawan dan adiknya. Saya pergi bersama kawan dan adiknya. Cuba teka harganya....







Dan harga untuk satu baju di atas adalah RM5, yer RM lima sahaja.

Untuk baju t-shirt biasa lak harganya rm10 untuk 4 helai. A real bargain, kan?


Friday, October 19, 2012

Mengabaikan perasaan...

Kadang-kadang apa yang kita rasa itu tak semestinya betul, kan?

Kadang-kadang apa yang kita rasa itu akan membuatkan kita jadi sedih dan tak tenteram, kan?

Kadang-kadang pula, perasaan menipu kita...

Sebab itu orang kata, fikir dalam-dalam, jangan hanya ikut perasaan sahaja... tetapi dalam banyak perkara, perasaan melampaui fikiran. Perasaan menguasai diri dan akhirnya keputusan yang salah yang dibuatnya. Apa yang keluar dari mulut selalunya berasakan apa yang dirasakan ketika itu. Main cakap sahaja, sebabnya rasa lagi cepat diluahkan dan berfikir ambil masa yang lambat daripada  hati yang pantas bertindak. Sebab itu perlu jaga perasaan. Jaga hati supaya tenang selalu dan jangan mudah melenting dan mengelabah.

Orang kata terlajak perahu boleh diundur, tetapi terlajak kata dan perbuatan, oh oh, naya akibatnya. Kadang-kadang tu pula, perasaan perlu diabaikan untuk kebaikan diri sendiri. Perlu buat analisis pro dan kontra nya sesuatu keputusan apabila ia dibuat.

Penyataan ini dibuat sebab saya selalu terlepas kata dan akhirnya menyesal sendiri. Tetapi kene ingat, manusia memang buat salah, so learn from it. We grow up from the mistake that we learn and then we want to be better, by avoiding the same mistakes that we kept doing it. Peace. :)




Tuesday, September 18, 2012

Tergelincir dari...

Dalam kehidupan, perjalanan memang berliku dan akan sentiasa terjumpa lopak, lubang, bukit dan gunung...

Memang mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Saya ingat asalkan jalan tegak dan tempuhi halangan itu, maka semua akan jadi ok.. tetapi tidak. Dalam saya mendaki untuk mencapai ke puncak, saya telah tergelincir dan nasib baik ditolong kawan dan dapat naik semula. Tetapi entah macam mana tergelicinir lagi walau segala langkah-langkah keselamatan telah dibuat. Gelincir kali ini agak mencabar kerana saya perlu hadapinya dan bersemuka dan saya hampir-hampir mengalah.

Saya boleh mengambil jalan mudah dan berterus terang dan sapa tahu, mungkin saya akan terus ke puncak tanpa perlu mendaki lagi. Tapi tidak, malu masih tebal dan masih mampu menahan kehendak diri. Tetapi berbanding pengalaman awal, saya melarikan diri, tetapi gelincir kali ini, saya hadapinya. Saya tidak mahu mengelakkan diri. Jadi saya tebalkan muka dan buat sebiasa mungkin, walau dalam hati, hanya Allah tahu. Saya juga harus tabah menerima apa jua hakikatnya. sebab kalau ia adalah kehendakNya, maka jadilah ia, kalau tak, saya perlu redha.

Sabar dan tabah menjadi peneman diri...

Saturday, September 8, 2012

Hati Sendiri Kene Jaga

Kadang-kadang sebab nak mangagumkan orang, sanggup korbankan hati sendiri. Walau hati tak suka, tapi kata suka.

Semua atas sebab tak nak pihak uang lain itu kecik hati. Sebab bila suarakan pendapat sendiri dikatakan pula pentingkan diri sendiri. Tapi dalam masa yang sama hati sendiri tak terjaga. Hati sendiri terluka dan kecewa.

Salah, sebenarnya hati sendiri yang kene jaga dulu. Tapi berpanduan. Jangan nak jaga diri sendir tanpa ada panduan dan arah, yang penting hati sendiri senang tak pedulu orang lain. Sebab walau macam mana pun, apa jua tindakan kita akan ada kesan pada orang lain.

Jaga hati sendiri dengan berani kata tidak dan tahu kemahuan diri. Apa yang diri nak dan ambil tindakan. Sebab tiada akan kata untuk memulakan sesuatu itu mudah, setiap perkara ada risiko. tetapi buat untuk diri sendiri. Puaskan diri, bukan sebab nak orang lain rasa kita bagus atau nak buat orang kagum dengan kita. Kita perlu menjawab dengan Allah, bukan dengan sesama manusia.

Friday, August 31, 2012

Bahaya Tak kisah / tak per...

Pernah tak apabila orang bertanya kamu, dan kamu jawab, boleh jer, tak per, ok jer....

Hmm, sebenarnya itu bukanlahsuatu jawaan yang baik. Sebab dalam tak per / boleh jer / ok jer / terkandung risiko yang banyak.

Contoh  :
Jom pegi tengok wayang petang ni? - AKu ok jer - kemudian bila kamu sampai, perlu tengok cerita yang kamu tak suka, contoh cerita hantu... jadi perlu dapatkan lebih maklumat sebelum kata jer...

Bila kata ok jer, itu member anggapan kamu jenis yang tak kisah, dan memberi peluang untuk orang ambil kesempatan pada kamu. Orang akan ada perspektif, apa sahaj yang orang buat, rancnag, kamu akan buat dan tak kisah.

Ada masa, kata-kata ini elok, sebab itu menunjukkan kamu bukan seorang pemilih dan senang diajak berunding, tetapi ....

Yang tak baiknya pula, orang akan ambil kesempatan ke atas kamu. Kata-kata seperti itu seolah-olah memberi lesen kepada orang lain untuk mempergunakan kamu.

Saya kenal orang seperti ini dan ia adalh tabiat yang susah nak ditukar. Kasihan orang ini, sebab hati dia tak terjaga dan dia seperti lalang. Takut nak berkata tak sebab tak nak orang tidak sukakan dia.

Jadi, apa-apa pun lepas ni, pastikan diri sendiri terjaga dahulu sebelum nak ok dengan apa yang orang lain katakan pada diri kamu. Fikir sebelum bertindak dan bercakap. Ingat tau... ---->




Ada apa dengan ego

Ego buat kita rasa diri kita lebih baik dari sesiapa terutama orang yang kita pandang rendah.

Ego buat kita berlagak dan meninggi diri.

Ego buat kita sentiasa nak menang.

Ego buat kita rasa bagus

Tetapi ...

~ ego buat kita dibenci
~ Ego buat kita salah pilih tindakan
~ Ego buat kita buat sesuatu dengan alasan yang salah.

                `Aku ni lagi tua, jadi aku perlu dihormati. Aku tak perlu tegur dan bersenyum dengan dia sebab aku ni sepatutnya dihormati dan disanjungi hanya kerana aku / tua/kaya/ hebat ...

Tapi siapa kita nak adili diri kita? Perlu ingat dalam setiap tindakan kita, orang lain terlibat, bukan sekadar orang yang kita tuju. Sebab orang sekeliling memerhati dan mereka juga menghakimi.

Mungkin jadi ego sebab fikir betul tapi bawalah minda sama. Tak guna ego kalau buat orang benci. :(


Tuesday, August 28, 2012

Berbelanja secara maya

Pernah satu ketika, ada pendapat mengatakan pos dah tak relevan lagi akan kewujudannya... sebab ada internet. Siapa ajer lah yang nak tulis surat, pergi pejabat pos, beli setem dan poskan surat bila interent memudahkan semuanya. Tetapi, perasan tak sebab ada internetlah, penggunaan pos semakin amat relevan.

Yang saya maksudkan adalah berbelanja di alam maya. Kalau dulu pos hanya hantar surat dan sekali sekala barang, kini, sebab internetlah pos semakin hari semakin hantar barang-barang yang kadang-kadang amat besar. Sebab tu mereka hantar barang pun sekarang pakai van.

Bagi saya, amat seronok dan mudah berbelanja di internet. Cari barang begitu mudah, hanya taip di mana-mana ejen carian dan pilihlah. Nak banding harga pun lagi mudah. Maka, jimatlah masa, tenaga dan wang sebab tak perlu pergi jauh-jauh untuk mencari barang. Amat bagus untuk saya yang duduk di luar bandar dan tempat membeli belah jauh. Yang seronoknya, pilihan lagi banyak, dapat mencari maklumat kebaikan produck dengan mudah dan pelbagai kebaikan lain.

Tetapi seperti ketagihan membeli belah secara biasa, ketagihan beli belah secara maya pun ada. jadi pandai-pandailah jaga diri tu yer. Dan potensi menambah lemak amatlah tinggi. Sebab hanya duduk berjam-jam tanpa mengeluarkan peluh. Lainlah berbelanja seperti biasa, kene pegi kedai ke kedai, berjalan seluruh pusat beli belah sampai tak sedar sudah berjam-jam di situ. Itu dah kira senaman. Betullah kata orang, setiap perkara itu ada pro dan kontranya. Tempat yang saya paling suka pegi untuk beli belah di internet adalah di lelong. ^_^

Image courtesy of Stuart Miles / FreeDigitalPhotos.net


Sunday, August 26, 2012

Proses membeli rumah 2nd hand


Membeli rumah second hand boleh jadi rumah lelong atau rumah yang pemiliknya nak jual. Dalam kes saya, saya hendak membeli rumah yang pemiliknya hendak menjualnya. Saya bukan pakar, tetapi cuma mengongsi pengalaman saya dalam proses membeli rumah pertama saya ini. Saya rasa amat teruja dan seronok tetapi rupanya prosesnya amat rumit dan memakan masa. Tetapi ok juga, jadi saya ada masa untuk mencari dan menambah wang, kot-kot diperlukan nanti.


Dalam membeli rumah (bukan rumah baru), prosesnya amat banyak dan boleh memakan masa bertahun. Abang saya membeli rumah, sudah habis bayar, tetapi nama pemilikan masih belum ditukar. Menurut abang saya, kos membeli rumah pun tinggi dan wang diperlukan memang banyak, walaupun sekadar rumah lelong yang harganya murah.

Selalu diwar-warkan bahawa untuk membeli rumah, hanya perlu membayar 10% dari harga rumah, tetapi sebenarnya ada banyak lagi kos-kos sampingan... iaitu

1. Kos peguam - untuk beli rumah dan kos hutang bank - sekurang-kurannya 1600 X 2 = 3200
2. Kos agen - RM 2000 (bergantung, ada yang lebih mahal)
3.Kos - kos lain ... pun perlu dimasukkan 

Mula-mula apabila mengetahui prosesnya dan jumlah yang diperlukan untuk membeli rumah ini, rasa mahu patah semangat juga, tetapi saya yakinkan hati saya mampu membelinya. Jadi sekarang ini, berjimatlah saya dan dalam masa sama, cuma mencari ruang menambah pendapatan. 

mari buat kiraan. Katakan rumah yang ingin dibeli berharga RM70,000.

1. 10% pendahuluan - Rm 7000
2. Kos lawyer - RM 1600 X 2 = RM3200
3. Kos agen - RM 2000 
4. Kos-kos lain - agen beritahu saya RM4000

Jadi jumlahnya - RM16200. 

Ini belum termasuk kos nak membaiki rumah dan pelbagai kos lain. Huhuhu. Mahalkan? Bayangkan kalau harga rumah lagi tinggi, maka lagi tinggilah kos nak membelinya. Jadi, menyimpanlah dari sekarang untuk kesenangan di masa hadapan. Ingatan untuk diri sendiri.

beza beli rumah dan kereta



Lebih senang rupanya nak beli kereta daripada beli rumah. Kenapa yer banyak sangat prosuder (salah eja ke?) nak beli rumah berbanding kereta? Kalau kereta, pilih kereta, bayar downpayment, tunggu loan lulus, kemudian tandatangan perjanjian dan dapatlah kereta. Walau beli kereta second hand, prosuder nya lebih kurang sama kan?

Pengalaman saya beli kereta amat mudah. Downpayment hanya RM350 dan agen terus buat urusan yang lain-lain. Semua proses pembelian tak sampai pun sebulan dan kereta sudah dalam tangan .
(Saya tidak galakkan memberli kereta dengan downpayment yang rendah- ini adalah kesilapan saya dan elakkannya)

Tetapi dalam urusan membeli rumah, prosesnya amat rumit. Kadang-kadang terasa pelik sebab kadang-kadang harga kereta lagi mahal dari rumah, tetapi tidak serumit membeli rumah. Ia mungkin disebabkan melibatkan banyak pihak, jadi ia menjadi rumit dan memakan masa. Agaknya sebab itu orang lagi suka membeli kereta dan menukar kereta kerana urusan mudah? Hanya jangkaan sahaja.

Rumah boleh menjadikan aset dan kini saya sedang berusaha untuk membeli rumah pertama saya. Kerana kesukarannya dan kos yang tinggi, maka kini saya berusaha untuk mencari wang tambahan dan berjimat sedaya upayanya. Sedaya boleh tidak mahu meminta pertolongan mak abah. Semoga berjaya. Kadang-kadang terasa nak membeli dan memakai handphone baru, tetapi akan ku simpan impian itu demi mendapatan rumah pertamaku.

                             Nak handphone ni  .... huhuhu



Gambar hanya hiasan. Ini adalah rumah idamanku, siap dengan halaman yang luas. Tetapi rumah yang ingin dibeli rumah teres dua tingkat. 


Saturday, August 25, 2012

Hari Raya 2012

Seronok raya semakin kurang sebab esok dah nak mula kerja...

Tambahan pula telah banyak duit yang keluar dan lagilah pula untuk kakitangan kerajaan seperti saya, gaji bulan September hanya akan diperolehi sebuan lagi. Adakah wang yang ada sekarang mencukupi untuk mengharungi hampir 30 hari lagi? Harap-harap cukup yer... kalau tak, aduiii merananya hati dan perut.

Begitulah bila hari perayaan, cuti sekolah, terlalu banyak kos perlu ditanggung. Jadi merancang kewangan itu penting. Macam pelikkan, bila duit dah habis digunakan, tetiba fikir ke manakah duit-duit itu menghilang? Walhal sendiri yang menggunakannya. Ini adalah ditujukan pada saya sendiri.... hihiihi.

Tapi bab duit ini hal sensitif, jadi walau apa pun tindakan yang ingin dibuat, buatlah, tapi jangan fikir badan sendiri sebab tindakan kita ni ada kesannya pada orang lain juga. Sekali lagi, peringatan untuk diri sendiri. ^_^