Nuffnang

Monday, November 16, 2009

Laman Web Kegemaran Saya

Saya gemar melayari internet dan membaca, downloading tapi tak gemar bermain game. Ramai tidak akan menyangkal jika saya katakan bahawa internet terlalu banyak keistimewaannnya. Saya mengenali kawan dari pelabagai pelosok dunia melalui internet, menambah ilmu, mengetahui perihal dunia sama ada hal masa lampau atau sekarang hanya melalui hujung jari sahaja.

Tetapi setelah beberapa tahun saya melayari internet, maka pada hari ini saya mendapati bahawa antara laman web yang saya gemari adalah laman web PTPTN.





Sebab utama saya dapat melihat jumlah hutang saya dan sekali gus memberi motivasi saya supaya berjimat cermat dan mencari cara untuk menambahh pendapatan saya.


Internet juga adalah cara untuk menambah wang. Tetapi ianya bukan mudah dan kadang – kadang terlau sukar, tetapi bukan bermaksud ia adalah mustahil.



Bila saya lihat jumlah hutang saya, saya jadi takut dan terus berazam untuk menambah pendapatan saya. Hmm, saya ada baca banyak kontroversi pasal PTPTN ni, tapi, hutang tetap hutang kan. Saya telah menandatangi perjanjian dan saya perlu patuhi perjanjian tersebut. Sebab hutang tu pun saya dah ada ijazah dan bekerja.



Tapi Saya juga berdoa agar PTPTN revised balik cari pengiraan hutang, kurangkan interest dan caj perkhidmatannya, sebab bagi saya ia terlalu tinggi. Tetapi buat masa sekarang saya tetap akan membayarnya dan berazam untuk membayarnya dalam masa secepat yang mungkin. Sebab utama, dapat mengurangkan kos pentadbiran dan interestnya.

Saya perlu membayar dan mendisiplinkan diri saya untuk membayarnya kerana pada masa hadapan, akan ada banyak lagi hutang yang akan saya buat dan pelbagai perkara yang memerlukan duit, jadi saya rasa somehow, PTPTN loan make me more motivated to find means to earn more money.


Saya mahu mempunyai rezeki yang datang dari pelbagai arah,

Jadi, sudahkan anda mula membayar PTPTN anda?

Sunday, November 15, 2009

Plan 2010

Tahun 2009 sudah sampai ke penghujungnya. Dah nak mula buka buku baru.

Saya akan menghadapi suasana baru mulai tahun depan. Jadi sudah mula merancang untuk 2010 dan salah satunya adalah untuk mengambil master. AMbil master apa tak tahu lagi, jadi, sekarang tengah survey. Tak tahu lah kalau ia akan memberi manfaat pada saya atau tak, tapi saya akan berusaha.

Wednesday, November 11, 2009

Jauh perjalanan luas pandangan aka pengalaman itu milikku

Dahulu saya tidak gemar berjalan dan melawat mana – mana tempat pun dan lebih suka duduk di rumah, sebabnya saya mudah penat bila berjalan. Sebabnya selalunya perjalanan jauh, tapi sekadar tengok sesuatu yang dituju itu sekejap sahaja. Habis masa dan wang sahaja. Lebih baik duduk. Tetapi saya silap.

Rupanya melalui pengalaman yang ditempuhi sepanjang perjalanan, pelbagai perkara baru saya temui. Bukan sekadar kawasan baru, tetapi orang baru dan suasana baru. Walau sekejap, tetapi ia begitu berharga.

Sebenarnya bukan destinasi yang dituju yang mengujakan saya, tetapi menempuhi perjalanan sepanjang menuju ke destinasi yang mematangkan dan menambah pengalaman saya. Bak kata seseorang, live in the moment, hargai pengalaman yang ditempuhi sepanjang perjalanan, kerana menuju destinasi memang penting, tetapi proses untuk sampai ke destinasi juga sama penting.

Pengalaman yang ditempuhi itu adalah milik saya. Ia tidak boleh dibeli dengan apa-apa jua, walau semahal mana pun ia dibeli dan dijual. Ha, sebab tu orang selalu kata, hargai setiap apa yang datang pada kamu, kerana kamu tidak tahu bila lagi ia akan datang lagi kepada kamu. Ohhh, baru saya faham. Betullah kata orang, semakin jauh perjalanan, semakin luas pengalaman. Now I’m waiting for a road trip dengan angah and his family. Tak per, duit boleh dicari ngah. Heheheh. Nasib baik adik ngah ni baik tau. 

Monday, November 9, 2009

Pantun : Budi

( Bukan milik saya – sekadar berkongsi kerana saya gemarkannya)

Baik bergalas maupun tidak,
Buli-buli bertali benang
Bbaik berbalas mahupun tidak
Asal budi sama dikenang

Burung helang burung jentayu,
Mengimbau naik ke atas palang
Bunga kembang akhirnya layu
Budi yang baik takkan hilang

Yang kurik itu kendi,
Yang merak itu saga,
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa

Friday, November 6, 2009

Permulaan yang baru

6 November 2009 - tarikh bertuah untuk aku. :)

Bermulanya satu permulaan yang baru untuk aku. Tiada lagi angan-angan, sekarang adalah perlakuan dan masa utnuk tindakan.

Siapa aku sebenarnya dan siapa yang aku mahu jadi sebenarnya. :)

Betul kata pujangga dan bijak pandai, bila kita banyak berjalan, semakin banyak pengalaman yang ditimba dan setelah hampir setahun di tempat orang, telah banyak pengalaman ku tempuhi, walau pun aku tak tahu sama ada pengalaman itu cukup untuk membantu aku menepuhi masa hadapan. Tapi satu yang ku pasti, walau apa pun aku akan terus berjalan, sesekali akan menoleh ke belakang mengenang kembali penngalaman dan kenangan lama sebagai panduan, dan walau halangan berduri berada di hadapan, aku akan terus melangkah dan tidak akan menyesali atas apa jua yang menimpa diri ini.

Telah ku sedari, hidup ini bukan mudah, tetapi hanya akan lebih sukar jika hati, minda dan perasaan kita turut mengatakan ia susah. Jadi ku pujuk diri ini, hati ini agar akan terus sabar, tabah dan teruskan berjalan dan sentiasa berfikir bahawa diri ini bertuah, bahawa diri ini cantik, bahawa diri ini akan sentiasa menang dalam menghadapi cabaran, kerana apa yang penting apa yang kita katakan pada diri kita sendiri. Pedulikan apa pandangan dan kata-kata orang kerana yang penting adalah diri kamu. Kerana dirimu adalah berharga.

Aku akan kembali usahakan apa yang telah ku usahakan selama ini, tetapi dengan lebih tekun dan bersemangat lagi. Selamat berusaha dan Selamat berjaya Mas.

Monday, September 7, 2009

UPSR >>>>> SELAMAT BERJAYA SEMUA :)

Esok UPSR akan bermula. Selamat berjaya semua.


Pastikan keluar dengan kaki kanan. Jangan lupa cium tangan mak dan abah, minta restu daripada mereka


Pastikan awal, jangan lewat, kalau tertinggal bas siapa yang susah?


Jangan lupa minta restu ayah juga tau. Jangan jalan menonong je

Jangan gemuruh, yakin pada diri, dan banyakkan doa


Dengar dan ikut arahan guru pengawas yer. Selamat berjaya semua

Sunday, August 30, 2009

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 52 Malaysia





Semasa saya menjadi pelajar di universiti, pelajaran yang saya gemar adalah subjek 'perhubungan antarabangsa. Saya selalu ingin tahu apa pandangan orang luar terhadap Malaysia. Bagi saya, Malaysia itu unik, tiada negara seperti Malaysia dan saya bangga menjadi rakyat Malaysia.

Selamat menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke-52. (1957-2009). Tahniah. Semoga kemerdekaan ini akan digemilangkan dengan kejayaan, kemakmuran dan kebahagiaan untuk semua. Jadikan Malaysia tanah yang selamat untuk semua. :)

Di sini saya letakkan gambar yang menjadi kebanggaan saya sebagai anak Malaysia. :)

Pictures are not mine. Googling and credited to the owner.











A night to remember

Malam terakhir di Miri, kami celebrate di town, makan walau perut dah kenyang.

Hei, betullah orang kata, kalau dah hantu cokolat, apa-apa pun semua nak cokalat sahaja. Inilah kegemaran kawanku. Lihatlah apa yang dimakan olehnya. Heheheh.



Dear chingu, aka kawan. Terima kasih banyak-banyak sangat sebab benarkan kami duduk di tempat kamu selama lapan malam. Bawa ke sana sini. Maaflah, kawan kamu ni tak tahu bawa kereta manual dan selalu menyusahkan kamu. Hanya Allah yang akan dapat balas jasa kamu.

Nanti masa hadapan akan menyusahkan kamu lagi. Maaf yer.

Tuesday, August 25, 2009

Juadah berbuka puasa

Puasa tahun ini agak special sikit sebab berpuasa di tempat orang, amat jauh dari kampung halaman. Nak balik rumah kena naik flight, tapi masih di dalam negara, cuma jauh jerlah.

Betullah kata orang masa puasa ni, macam -macam nak. Sejak mula puasa, saya tinggal dengan kawan, seorang ustazah di sebuah sekolah menengah. Dia tak balik kerana akan ada peperiksaan PTK. Nasib baik sebab maka adalah tempat untuk saya menumpang semasa cuti ni.

Semalam kerana keinginan, macam-macam yang kami makan, sampai pelik rasanya. Orang kata tak elok membazir, tapi manusia selalu kalah kepada nafsu. Tapi kawan ni selalu kata, membazir kawan syaitan, jadi sedaya upaya, saya akan habiskan makanan yang telah dibeli. Gambar menunjukkan juada yang kami makan semalam. Hari ni nak makan apa ye?




Sunday, August 23, 2009

Puasa oh Puasa

Sejak saya berusia 18 tahun, saya sentiasa berpuasa di tempat orang, opp, tak sejak usia 13 tahun, sejak masuk sekolah asrama. Jarang sekali berpuasa di rumah sendiri dan tahun ini saya di Sarawak, tempat yang tak saya sangka akan datang dan bekerja di sini.

Hari ini puasa ketiga, tapi saya diserang batuk, batuk sahaja, dan sebab utama minum airr sejuk banyak sangat. Peritnya tekak, jadi malam tadi dan sahur asik minum air suam sebanyak mungkin, sebab nak legakan tekaka. Kawan pula tiada ubat batuk atau ubat. Sejak puasa pertama saya berada di rumah kawan sampai Rabu. Kemudian baru balik ke tempat saya bekerja.

hari puasa pertama, nasi masak lambat, 15 minit selepas berbuka, sebab masak lambat. Kelakar sangat. Kami bertiga, tapi tak nak masak, semua lauk berbuka beli sahaja. Senang, tunjuk sahaja. :)

Rindunya pada keluarga di rumah. Mesti riuh berbuka puasa dengan mereka. Tak apa, setiap yang berlaku tu mesti ada hikmahnya. :). Harap-harap sakit tekak cepatlah sembuh. Amin

Thursday, August 20, 2009

Selamat menyambut Bulan Puasa untuk Semua

Selamat Menyambut Bulan Puasa yang Mulia.

Banyakkan beramal, banyakkan sabar dan banyakkan kebaikan. :)










Saturday, August 15, 2009

Pelik tapi benar, jumah besar, tapi nilai kecil

Saya ambil ni dari forum, sesuatu yang perlu direnungkan

Akibat krisis kewangan yang teruk di Zimbabwe

Seorang lelaki sedang membawa sejumlah wang Zimbabwe untuk ditukarkan kepada USD. Berapa yang akan diperolehinya? Dia membawa sebanyak 25 million Zimbabwe!

Dan berikut adalah hasil tukarannya...?


Hanya 1 USD. Kurang percaya? Percayalah!

100 billion dollar zimbabwe hanya mampu membeli 3 biji telur?

Bil makanan disebuah restoran disana... Ianya perkara biasa!



kasihankan mereka? bersyukur dengan apa yang ada, dan dalam masa yang sama berusaha untuk memperbaiki keadaan yang ada

Monday, July 27, 2009

Kisah abah saya

Masa saya kecil, abah selalu pastikan saya ada jam tangan. Kalau jam tangan saya rosak, abah cepat-cepat beli baru. Saya tak tahu kenapa, tapi sebentar tadi saya baru faham kenapa.

Abah seorang yang amat mementingkan masa. Kalau abah kata nak bertolak pukul 8, maka 7.30 abah dah siap. Abah juga seorang yang amat menepati janji. Abah akan kotakan segala janji abah.

Kadang-kadang sikap abah terhadap masa amat pelik, sebab tak nak terlambat, abah sanggup tunggu berjam untuk ambil anaknya yang pulang. Walhal, abah dah tahu berapa lama masa nak pegi ke destinasi dan tahu masa akan sampai. Ya Allah, selama ni aku tak sedar aku ada abah yang amat bagus.

Abah pendiam, dan selalunya perkara yang saya selalu ingat adalah hal abah marah saya. Saya lupa jasa abah pada saya, lupa pengorbanan abah.

Abah, Mas sayang abah. Selamat Hari lahir Abah. Abah kena sihat selalu tau, jangan sakit. Terima kasih abah.

Wednesday, May 13, 2009

3,000 hadir temuduga terbuka Jabatan Pelajaran

Lebih 3,000 pencari kerja menghadiri sesi temuduga terbuka di Jabatan
Pelajaran Negeri Kedah di sini hari ini.
Pengarah Pelajaran Kedah, Shahidan
Abd Rahman, berkata empat jenis jawatan ditawarkan termasuk guru siswazah kontrak, pegawai tadbir kontrak, penolong pegawai tadbir kontrak dan pembantu tadbir kontrak.
Temuduga terbuka itu, yang sepatutnya diadakan sehari sahaja,
di lanjutkan sehingga esok disebabkan terlalu ramai yang hadir,
katanya.
Temuduga serupa turut diadakan di beberapa negeri lain.

BERNAMA

diambil dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0514&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Wah, ramainya, teringat saya masa mengalami saat-saat seperti itu, bukan mudah. Tak apa, yang penting jangan putus asa. teruskan. Selamat berjaya untuk semua.

10 perkara sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalamkategori sia-sia, iaitu:-

1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpamemanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Saturday, May 9, 2009

Ikhlas

Saya selalu kata pada anak murid saya, kamu perlu ikhlas. Ikhlas penting, sebab bak kata pepatah orang melayu, kalau kita minta balik apa yang kita beri, nanti burk siku. Dulu masa kecil-kecil selalu kata dengan kawan atau kawan akan kata balik pada saya, buruk siku kamu sebab minta balik.

saya dah dewasa, saya tahu pasal peri pentingnya keikhlasan tu, tapi ada masa, kerana sesuatu perkara, daripada ikhlas, jadi mengungkit. Saya tahu keburukannya, tapi kerana diri tak kuat, terpacul juga dari mulut atas apa yang telah diberi sebelum ini.

Di sini, saya letakkan artikel yang saya dapat dari kawan semasa di maktab mengenai kepentingan ikhlas dan tanda-tanda nak tahu sama ada kita ikhlas atau tak.

IKHLAS....

Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk
apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan
kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.Sudah tentu, niat pada permulaan kita
membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah
semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah.

Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah
terkena penyakit ‘chicken pox’ dsbnya, ada
tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini
ikhlas
.Antaranya :

1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
2. Kita tidak berasa hati apabila usaha kita dikritik oleh manusia.
3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub
akan diri sendiri.
5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.
6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.
8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua
tetapi tetap bekerja dan menyumbang.
9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi
ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)

Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini
hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria’, taajub, takabbur dan
seumpamanya.

Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala
sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka
yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan.Walaubagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak. Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.

Sama-samalah kita berdoa: Wahai Tuhan kami! Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami, pimpinlah kami ke arah kebaikan, hiasilah kami dengan taqwa, kurniakanlah kepada kami taat setia kepadaMu sepanjang hidup kami. Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu, syukur kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, taubat kepadaMu, khusyuk kepadaMu. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami mohon kepadaMu ketetapan di dalam urusan ini keazaman di dalam hidayah tolonglah kami
mengingat Engkau menyebut namaMu mensyukuri Engkau baik ibadat kepadaMu.

Friday, May 1, 2009

WASIAT IMAM SYAFI’E (bahagian 3)

21. Sesorang itu tidak mampu untuk menghukum tentang sesuatu samaada halal atau haram melainkan dengan ilmu yang dimiliki

22. Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa maka tiada kemuliaan baginya

23. Terlalu mengharapkan kelebihan dunia merupakan azab Allah kepada ahli tauhid ( beragama )

24. Sesiapa yang membenarkan sahabatnya maka diterima amalan, ditutup keburukan dan diampun kesalahannya

25. Sesiapa yang engkau redha akan menyebut-nyebut (puji) pada
sesuatu yang tiada pada dirimu begitulah juga mereka yang engkau marah akan menyebut-nyebut (keji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu

26. Politik pergaulan manusia berlainan dengan politik pergaulan binatang

27. Orang berakal ialah mereka yang mana akalnya mampu mengawasi dirinya daripada segala kejahatan


28. Sekiranya manusia mengetahui keburukan percakapan dan hawa nafsu maka mereka akan melarikan diri daripada keduanya sebagaimana mereka melarikan diri dari harimau

29. Bagi akal itu ada penghujungnya, begitulah juga dengan sabar yang mana ada penghujungnya

30. Sesiapa yang menyimpan rahsianya maka kebaikan berada di tangannya

31. Sekiranya ulama’ yang beramal dengan ilmu mereka tidak
boleh dianggap waliullah maka aku tidak tahu lagi adakah bagi Allah itu wali

32. Jika aku tahu dengan meminum ais sejuk akan mengurangkan maruahku nescaya aku tidak akan minum melainkan air panas


WASIAT IMAM SYAFI’E (Bahagian 2)

Sambungan

11. Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar di atas segala kesusahan di dalam mencapainya.

12. Apabila telah tetap perkara asal di dalam hati maka lidah akan berkata mengenai cabangnya ( hasil )


13. Sesiapa yang mahu kebahagian di akhirat maka dia hendaklah ihklas dengan ilmu

14. Sekiranya manusia berfikir mengenai kandungan surah al-Asr maka sudah mencukupi

15. Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan
perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui. Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar

16. Perdalamkanlah ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu

17. Perdalamkanlah segala masalah ilmu agar ia tidak akan menyempitkan masamu

18. Keelokan oarng yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu
pula ialah warak dan berlemah lembut

19.Sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintai dunia dan dalam masa yang sama dia mencintai Penciptanya maka sebenarnya dia telah berbohong

20. Sekalipun seseorang itu bersungguh sungguh untuk mencapai keredhaan manusia maka tidak akan menemui jalan ke arah
itu. Oleh itu dia hendaklah mengikhlaskan amalannya antara dia dan Allah Tidak mengetahui seseorang tentang riya’ ( bermegah dengan amalan ) melainkan orang yang benar-benar ikhlas

Thursday, April 30, 2009

SEPULUH WASIAT DARI IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

BACALAH—RENUNGILAH—KEMUDIAN AMALKANLAH

Wednesday, April 29, 2009

Amalan Untuk Sepanjang Tahun

• Sembahyang Fardhu Berjemaah - utamanya dimasjid/surau

• Mendirikan sembahyang sunat yang tertentu khususnya
sunat tahajjud dan witir di waktu

malam, juga sunat dhuha, awwabin, tasbih, rawatib
dan lain-lain


• Membaca Al-Qur'an dan berusaha memahami bacaannya

• Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah, kelas ugama dan
sebagainya


• Puasa sunat pada hari-hari isnin dan khamis

• Membaca segala wirid/doa harian yang diajar oleh
Rasulullah s.a.w.


• Memperbanyak dan membiasakan bersedekah

• Mengerjakan umrah jika mampu, terutama di bulan
Ramadhan


• Memelihara mulut, mata, telinga dan anggota-anggota
lain dari perbuatan maksiat dan keji


• Menziarahi saudara/sahabat yang sakit

• Mengingati mati, menyembahyangkan mayat dan
menghantarnya ke kubur


• Menziarahi sahabat handai, saudara-mara, orang-orang
alim dan tuan-tuan guru

WASIAT IMAM SYAFI’E (bahagian 1)

Antara pesanan dan juga kata-kata yang akan menjadi pedoman kepada kita melalui petikan beberapa pesanan dan peringatan daripada imam muktabar iaitu imam As-Syafi’e rahimahullah

1. Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya ilmu apa yang hanya dihafaz semata-mata


2. Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.

3. Imam Syafi’e telah ditanya tentang tabiatnya yang suka menggunakan
tongkat sedangkan beliau bukanlah telah uzur, maka beliau menjawab : Ini bertujuan agar aku sentiasa mengingati bahawa hidup di dunia hanya sebagai musafir yang pasti akan kembali kepada Allah.

4. Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima iaitu benar dalam
percakapan, menjaga rahsia, menunaikan segala janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

5. Keredhaan manusia sukar untuk engkau capai dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianggap sudah mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka. Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demekian.

6. Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia
seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya

7. Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir

8. Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh
pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya

9. Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia maka dia hendaklah berbaik sangka terhadap orang lain

10. Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi maka sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang menasihati secara terang maka dia
telah menyakiti dan mengkhianatinya.

Masa itu emas

Masa itu emas. Wang boleh dicari, tapi masa yang sudah hilang tidak boleh diganti lagi. Contoh, usia muda kita tidak akan kembali lagi. Jadi hargailah masa.

JIKA ANDA KEHILANGAN HARTA ,
ANDA BOLEH BERUSAHA
MENDAPATKANNYA
KEMBALI.
JIKA ANDA KEHILANGAN MASA ,ANDA HILANG SEGALA-GALANYA.

Saturday, April 25, 2009

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua

Sebabnya jangan lupa bahawa apa yang kita buat, kita akan tetap dapat balasannya. Kalau kita ikhlas, maka baiklah ganjarannya, tapi kalau sebaliknya, lain pula ganjarannya.

Jujurlah pada diri sendiri, sebab walau orang lain tak tahu apa kita buat, tapi kita tahu apa yang kita buat itu, baik atau buruk. Memang kesannya kita tak terima on the spot, tapi kita akan terima juga pada akhirnya.

Contoh, pernah menyesal tak sebab tak belajar bersungguh-sungguh? Saya ye. Saya pernah menyesal teramat sangat, tetapi saya sedar saya tealh diberi peluang untuk menebus balik kesilapan itu. Bagaimana pula dengan keputusan salah yang saya buat? Banyak. Tetapi setiap satu itu mengajar sesuatu pengalaman yang berharga.

Saya menyedari kepentingan berkat dalam hidup ini, jadi saya sedaya upaya jujur dengan diri sendiri dan dalam masa sama cuba mengawal tingkah laku yang baik sebabnya sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Sunday, April 19, 2009

Hargailah apa yang orang dah buat pada kita, walau sekecil zarah

Tetapi susahkan, bak kata orang orang semut seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. Wah, macam tak kena je peribahasa ni.

Maksud saya, begini. Ini adalah situasinya.

“katakana Aminah berjasa dengan Badariah, tetiba Aminah berkawan dengan Comel, tetapi Badariah tidak suka Comel, jadi Badariah pun bermush dengan Aminah, walhal Aminah tidak buat apa-apa pun, Cuma bberkawan dengan Comel, walhal, Aminah dah bannyak berjasa pada Badariah. Macam kacang lupakan kulit. Bukan setakat lupa, tetapi jadi musuh pula.

Angah ada kata pada saya, hal seperti ini dah biasa berlaku. Ttettapi kenapa berlaku begini, lupkah Badariah pada jasa Aminah yang telah banyak membantu. Lainlah Aminah yang lupakan Badariah dan terus kawan dengan Comel, mungkin lain ceritanya, tapi Aminah masih baik dengan Badariah walau Badarriah terus menerus menyakitkan hati si Comel.

Untuk menghadapi perkara ini, amat susah dan menyakitkan hati. Kenapa harus membenci? Bukankkah kita semua sudah belajar, cemburu, dengki mendengki adalah permainan syaitan, tetapi belajar hanya teori, tetapi untuk praktis amatlah susah.

Begitu juga dengan sabar, sabar bukan mudah. Perlukan kekuatan dan ketabahan. Jadi cara yang saya praktikkan untuk hadapi keadaan yang memerlukan kesabaran adalah melakukan perkara lain yang tidak berkaitan dengan perkara yang menyebabkan saya memikirkan amsalah itu, contohnya menumpukan perhatian untuk cari duit, untuk tambah duit menggunakan internet. Bukan mudah dan memerlukan kerja kuat, tetapi tidak bermakna ia mustahil. Ye, saya mahu menambah pendapatan saya, Cuma sekarang saya tengah belajar untuk tidak mempedulikan tanggapan orang pada saya.

Susah dan amat mencabar sekali. Kadang-kadang saya rasa mahu lari daripada perasaan kecewa ini, tetapi tidak tahu bagaimana.

Jadi, my last resort : berdoa dan terus berdoa.

BILA DOA MUDAH & CEPAT DIKABULKAN?

Sesuatu yang saya nak kongsi bersama

saya dapat artiket ini dari kawan, satu maktab. Terima kasih kak Pati :)

Berdoa merupakan salah satu daripada elemen yang penting dalam kehidupan seseorang Muslim. Ia adalah pengakuan hamba terhadap kekuasaan Allah yang mutlak ke atas segala yang berlaku, manakala dari segi yang lain pula ia adalah bentuk pengabdian seorang hamba kerana hadirnya perasaan berhajat kepada Allah Subahanahu Wataala.

Sementara itu doa adalah penggerak dalaman yang memberikan kekuatan, keyakinan, harapan dan keberkatan dalam apa jua amal perbuatan. Maka tidak hairan di dalam Islam setiap langkah sesuatu perbuatan, ada doa-doa tertentu yang digalak supaya diamalkan sama ada sebelum memulakan sesuatu perbuatan ataupun selepas melakukannya.

Kelebihan atau fadhilat doa itu pula amat besar dan banyak sekali. Melalui doa, keampunan dan rahmat diperolehi, dan melalui doa juga musibah dan kesusahan terhindar. Pendeknya, jika Allah menghendaki dan merestui doa hambaNya, tiadak ada satu daya kuasa pun yang dapat menghalangnya dan Allah tidak akan mensia-siakan keikhlasan orang yang berdoa itu.

Persoalan yang timbul sekarang ini ialah bilakah waktunya doa mudah dan cepat dikabulkan?

Apabila seorang hamba berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan mengabulkan doanya dan tidak akan membiarkan doanya itu kosong sahaja. Tetapi perlu diingat bahawa untuk mendapat doa yang dimakbulkan, adab-adab atau peraturan berdoa mestilah dipelihara oleh setiap orang yang berdoa.

Di antara tuntutan dan etika berdoa itu ialah:

  • Memelihara sumber rezeki seperti makan, minum dan pakaian daripada sumber yang haram.
  • Berwudhu dan memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji nama Allah serta berselawat kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
  • Berdoa dengan jalan bertawassul dengan amal salih.
  • Berdoa dengan mengadap qiblat dan mengangkat dua tangan sekira-kira nampak putih ketiak dan menyapu kedua tapak tangan ke muka setelah selesai berdoa.
  • Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan.
  • Berdoa dengan disertai keredhaan hati, khusyuk jiwa yang tulus ikhlas, merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring dan diiringi dengan perasaan takut terhadap azab Allah dan penuh harapan dengan limpah kurniaNya.
  • Tidak berdoa dengan sesuatu yang tidak selayaknya.
  • Berterusan berdoa dan mengulang-ulang doa sebanyak tiga kali dan tidak berputus asa serta tergesa-gesa dengan menganggap doa tidak dikabulkan.
  • Memilih dan mengutamakan waktu-waktu dan tempat atau ketika doa mudah dan cepat dikabulkan. Diantaranya:

    i. Di satu pertiga akhir waktu malam dan selepas menunaikan sembahyang fardhu.

    ii. Ketika Lailatulqadar.

    iii. Hari Arafah.

    iv. Di bulan Ramadhan.

    v. Hari dan malam Jummat.

    vi. Di antara azan dan iqamah.

    vii. Ketika berhadapan dengan musuh di dalam peperangan.

    viii. Ketika sujud di dalam sembahyang.

    xi. Ketika mendengar kokokan ayam.

    x. Ketika waktu hujan.

    xi. Ketika meminum air Zam-Zam.

    xii.Ketika membaca al-Qur’an terutama apabila khatam.

    xiii Di tempat-tempat yang mulia kerana keberkatan dan kemuliaannya yang dikurniakan oleh Allah seperti di Masjid Al-Haram, masjid An-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa.

Begitulah etika dan waktu doa mudah dimakbulkan. Berdoa menunjukkan ingatan kepada Allah yang Maha Berkuasa. Mengingat Allah hendaklah dilakukan pada setiap masa, sama ada di waktu senang mahupun susah. Begitulah juga dengan amalan berdoa, hendaklah dilakukan setiap masa, lebih-lebih lagi di waktu senang dan susah doa akan mudah diperkenankan.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu anhu

Maksudnya : "Sesiapa yang suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah di waktu kesulitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa di waktu sengan".

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

........................................

Thursday, April 16, 2009

Hidup ini terlalu berharga untuk dihabiskan dengan.........

berdendam, kata-mengata, tikam belakang.

saya pernah baca, dalam buku 'don't be sad' antara petikan dalam buku itu

bersyukurlah walau anda hanya ada roti untuk dimakan.

Apa kena mengena petikan ini dengan berdendam, tikam menikam?

Kalau kita bersyukur dengan apa yang kita ada, kita takkan rasa untuk menjatuhkan orang lain, memburukkan orang lain dan membuat lawak tentang orang itu, di depan atau di belakang orang itu, maksud saya dalam tujuan menyindir dan menyakitkan hato orang itu.

Tetapi, bagaimana kalau kita hadapi saat yang amat sukar, menghadapi orang seperti ini, apa yang perlu dibuat? Lari bukanlah pilihan, bergaduh pun tidak (apalagi untuk orang seperti saya), nampaknya tiada cara lain, berdoa, dan teruskan berdoa. Jangan mengalah pada keadaan dan teruskan berjalan walau perit.

Walau apapun berlaku, jangan berhentti senyum

Ingat tak lagu senyum? Dahulu saya tak berapa minat lagu tu, tapi kini saya suka akan lagu tu dan mula mengerti maksud lagu tu.

Senyum

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...


Tapi dalam hal saya, saya akan senyum, walau dalam hati, saya akan terus senyum walau hati saya rasa luka dan pedih. Saya senyum bukan sebab nak ambil hati orang lain, tetapi untuk diri saya sendiri.

Bila saya senyum, saya yakinkan diri yang saya dapat melalui apa jua keadaan yang menyakitkan hati dan payah, walau sebenarnya ketika itu saya boleh rebah. Tetapi hidup ini terlalu berharga untuk dibazirkan dengan bermasam dan berdendam.

Saya percaya pada kata-kata, 'apa yang kita buat pada orang, akan datang balik pada kita', tak kisahlah perkara baik atau buruk.

dalam keadaan ini, doalah jadi peneman setia dan jangan asyik fikir perkara buruk tu, sebaliknya fikirkanlah perkara yang menyenangkan hati sahaja.


Friday, April 10, 2009

Walau apa pun, teruskan, jangan berhenti

Kadang-kadang rasa tertekan apabila apa yang kita mahu, tidak pernahnya dapat, ataupun dapat, tidak seperti yang kita mahu. Lagi menambah kekusutan dalam hati dan perasaan apabila masalah lain timbul, peritnya hati.

Fikiran menjadi terganggu, dan hati menjadi tertekan. Buat apa pun rasa tak kena. Semangat menjadi hilang. Nak buat kerja pun sudah tiada semangat. Sebab itu saya rasa hairan dengan mereka yang boleh berjaya dalam keadaan susah. Bagaimana mereka buat ye?

Saya tahu, kita perlu tabah, sabar dan redha dengan ketentuannya. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Saya tahu pasal itu.

tapi untuk melalui saat - saat kesusahan itu sungguh perit dan susah. Mood jadi tidak baik, hati jadi tidak tenteram dan fikiran pun terganggua. Jadi apakah yang perlu saya lakukan?

Kadang-kadang kerana masalah diri, orang lain yang menjadi mangsa. Kemarahan pada diri sendiri dilepaskan kepada orang lain. Kalau bertemu dengan kawan yang memahi tidak mengapa, tetapi bagaimana pula jika kawan tidak memahami?

Manusia, saya akan sentiasa melakukan kesalahan. Manusia belajar dari kesalahan yang dibuat, dari kepayahan yang dihadapi agar diri menjadi lebih kuat, tabah dan sabar dalam mengahrungi cabaran yang lebih getir pada masa hadapan.

Walau apapun, jangan menglaah pada keadaan. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, belajar kawal emosi dan jangan lupa untuk memohon pertolongan dariNya, kerana Dia jugalah Maha mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.

Saturday, April 4, 2009

Susahnya nak jadi baik

Susahkan nak jadi baik. Baik itu lahir dari diri atau dibentuk? (nature vs nurtured)

Semua manusia dilahirkan baik, tapi disebabkan banyak sebablah baik bertukar jadi tidak baik. Baik itu mudah, tetapi kadang-kadang ia menjadi mustahil untuk baik.

bayangkan untuk jadi baik, kita perlu banyak berkorban, makan hati dan kadang-kadang membenci diri sendiri. Sebabnya nak jaga hati orang lain, tak nak cipta persengketaan, betul kan?

Pernah tak seseorang itu menipu kamu, menyebabkan kamu pelbagai masalah, tetapi kamu tidak membalasnya? sebaliknya kamu masih baik dengan orang itu. Kan bagus manusia itu seorang yang mudah lupa. Bagaimana kalau kita dah percaya balik pada orang itu, tetapi orang itu buat lagi perkara yang sama? Takkan nak putus hubungan. BBagaimana ye nak buat seolah-olah perkara itu tidak berlaku lagi? Rumitnya.

Saturday, March 28, 2009

1234

Saya nak kongsi lagu yang saya amat suka lagunya tajuk 1234 oleh Aris Ariwatan Seronok dan lagunya amat best. Hayati liriknya

Thursday, March 26, 2009

Keputusan

Keputusan

Bagaimana nak buat atau nak dapat keputusan terbaik? Susahkan. Tapi, tiada apa yang senang.

Lagi senang nak dapat keputusan baik dalam exam, sebabnya asalkan kita belajar, ikut kata guru, dapatkan restu mak abah, insyaAllah, memang akan dapat keputusan yang baik.

Tetapi bagaimana dengan keputusan harian yang kita perlu buat? Apa yang perlu kita cakapkan, sebab orang kata terlajak perahu boleh diundur, tetapi terlajak kata, tak boleh undur, bagaimana pula dengan terlajak kelakuan? Lagilah susah.

Pernah dengar hidup ini adalah suatu perjudian? Atau, buat jerlah, kesal kemudian tak apa, sebab kalau tak buat lagilah kamu kesal. Bagaimana pula keputusan yang membabitkan wang? Contoh, nak beli tiket kapal terbang hari ini atau lain kali? Takut beli lain kali, harga turun, tapi ada kemungkinan gak harga akan naik. Macam mana ye? Takut pula tiket sold out.

Hal ini berlaku pada angah saya. Angah beli tiket untuk pulang ke johor pada harga RM700 lebih dan tetiba ngah semak, harga turun kepada RM300 lebih. Ngah rugi RM400.

Saya pun tak suka bila saya beli sesuatu tetiba ada pula kata, kamu boleh dapat barang ini pada harga yang lebih murah.

Banyak sebab yang menyebabkan seseorang mengambil sesuatu keputusan itu. Antaranya, faktor masa, faktor kewangan, dan sebab- sebab lain yang saya tak boleh senaraikan sekarang. Susahkan.

Tapi saya tak suka menyesal setelah membuat sesuatu keputusan. Saya belajar daripada pengalaman itu, dan kadang kala saya kerap membuat kesilapan yang sama, tetapi saya selalu senangkan diri dengan berkata dalam hati, manusia memang buat kealahan, sabar, minta bantuan Allah.Walau bagaimana dan apa jua keadaan, kita manusia memang perlu pertolongan dari Allah.

Thursday, March 19, 2009

Lamanya tak update blog ni

Saya sayang pada blog ni, tapi atas masalah peribadi, saya abaikan blog kesayangan saya ni. Lepas ni, saya akan didik diri ini untuk menjadi lebih berdisiplin dalam menjaga blog ni. Banyak yang nak dikongsi, tapi belum mampu lagi.