Nuffnang

Thursday, December 18, 2008

Kisah Rumput dan Orang yang disayangi

Kawan baik saya menghantar emel pada saya dan saya amat suka kandungannya. Ini adalah kandungannya. Terima kasih Julia. :)

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?. Emmm... Baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... Mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... Apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu :

Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


Friday, October 10, 2008

Perasaan Seorang Penganggur

Saya pernah menjadi pengaggur dan ia adalah satu jangka masa yang saya tidak akan lupakan sampai bila-bila. Apatah lagi saya adalah penganggur berijazah. Malu, segan, marah dan pelbagai perasaan buruk sentiasa ada dalam diri saya. Pergi temuduga ke merata-rata tempat, duit banyak digunakan untuk peri temuduga, dikutuk semasa temuduga dan pelbagai pengalaman lagi.

Dikecewakan setelah diberi harapan pun pernah saya alami. Bukan setakat saya kecewa, tapi kasihan pada mak dan abah. Apatah lagi ada jiran yang menyindir. Bukan senang melalu saat menjadi pengaanngur. Apatah lagi abang yang tidak ada ijazah, tapi mampu membeli rumah dan kereta tanpa harapkan wang dari mak dan abah. tapi saya, dahlah mak dan abah habiskan banyak untuk saya, tapi jadi penananm anggur terhormat pula. segannya sebab masih minta abah dan mak duit untuk membeli barang keperluan.

Tapi Al-hamdullillah masa itu telah berlalu. Kini sya dah ada pekerjaan, tapi ada suatu peristiwa berlaku pada hari ini yang meneybabkan saya tersentak, iaitu saya masih tak mampu nak membelikan barang keperluan mak. Mak tak pernah meminta yang mewah, tapi sebagai anak, bangga rasanya kalau saya dapat menyumbang. Mak taklah meminta, tapi saya akan rasa gembira buat begitu, tapi sayang saya masih tak mampu.

Sedih, tapi saya mempunyai emak dan abah terbaik di dunia, mereka amat sabar dan terus sabar dengan saya. Tiada siapa tahu perasaan penggur melainkan mereka yang pernah mengalaminya sendiri.

Tetapi walau apa pun, kita tidak boleh mengalah, sebaliknya mesti tabah dan yakin bahawa rezeki Allah ada di mana-mana. Berusaha, berdoa dan Tawakl. :)

Tuesday, September 23, 2008

35,000 teachers to be hired

From The Star, Thursday, 18 September 2008


Ministry on mass recruitment drive to meet acute shortage

Georgetown ; thirty five thousand new teachers will be recruited by the Education Ministry to meet the acute shortage of trained teachers in primary and secondary schools.

Deputy education Minister Datuk Razali Ismail, who announced this, said the recruitment was vital to improve the teacher-to-classroom ration from 15:10 to 17:10.
“This move is one of the ways to lessen teachers’ burden in managing their daily teaching routine,” he said after meeting 72 representatives from 24 teachers unioins at a hotel here yesterday.

Razali said the ministry was always prepared to listen to issues raised by the teachers unions.
Among the matters raised was the need to reduce teachers’ workload.

On the teaching of Science and Mathematics in English, Razali said at least 50% of students living in urban areas had shown significant progress in the subjects.

“Only those living in the rural areas are facing difficulties in coping. There is also lack of good English teachers and the ministry is looking at these weaknesses,” he said.

However, Razali said, teachers should not be entirely blamed over the issue.

“This is because all this while they have been using Bahasa Malaysia as the teaching medium. They need time to master the language, “ he said.

Razali also said the ministry was looking at ways to increase the number of support staff to manage computer labs.

“We need more hands to run the labs to enable teachers to concentrate on their works in classrooms,” he added.


wah, ada banyak peluangai guru, tapi fikir baik-baik sebelum jadi guru. kerja sebagai uru mencabar dan perlu kesabaran yang tinggi.

Dan baguslah langkah kerajaan sebab dapat mengurangkan beban tugas guru.

Monday, September 15, 2008

kawan dan lawan

Pernah tak rasa marah dengan orang lain sampai nak tengok muka pun tak mampu?


Saya pernah dan saya tengah alaminya. Tapi siapalah saya nak tegur dia yang lebih dari saya dari segala-galanya. Kalau saya mampu cakap dengan dia, maafkan saya, walaupun saya tak tahu mana silapnya. Bagi saya kalau kita berkawan, terimalah orang itu seadanya, jangan kerana cemburu dan rasa tidak puas hati maka dilayannya kawan yang pernah menolong itu seperti sampah. Tidak mengapa, Allah Maha mengetahui.

Ibn Mubarak’s neighbour

“Ibn Mubarak’s neighbour was a Jew. He would always feed him before feeding his own children and would provide clothing for him first then for his children. Some people said to the Jew, “Sell us your house.”

He answered, “My house is for two thousand dinars. One thousand is for the price of the house and one thousand for having Ibn Mubarak as a neighbour!”

(’Aaidh ibn Abdullah al-Qarni)

Sunday, September 7, 2008

Kawan, sahabat, dan ………………..

Saya nak taip musush, tapi rasa tak patut. Ialah, bagaimana kawan boleh menjadi musuh kalau tak kerana ego manusiakan.

Tapi saya pernah alami, tapi taklah sampai ke tahap musuh, Cuma masing- masing tak bertegur sapa dan kalau nak cakap pun dengan nada ego. Silapnya? Entahlah, tapi bagi pihak saya katakana ia berpunca daripada ego.

Saya pernah tulis pasal sabar, sebab saya yakin semua yang berlaku ada sebab dan hikmahnya. Untuk kawan begini, saya tak rasa rugi untuk tidak berjumpa lagi walaupun kadang-kadang kesian dengannya, kasihan kerana kehilangan kawan yang baik seperti saya ini. (ewah berlagak pula, gurau je)

Saya ambil dari kata – kata Mohd Anuar Kamaruddin,

” Perkara termudah adalah mencari musuh dan perkara yang sukar adalah mencari sahabat, semudahnya sahabat menjadi musuh dan sesukarnya musuh menjadi sahabat.”

Betullah kata- kata ini dalam situasi saya. Tapi saya menjumpai perkara begini setelah memasuki alam pekerjaan, dan Al-hamdulillah, ramai kawan baik saya semasa di sekolah dan di universiti masih baik lagi.

Saya teringat kata-kata bahawa ” Jangan menilai buku daripada kulitnya sahaja dan ingatlah pandangan pertama tidak selalu tepat”.

Jengjengjeng, dalam kan maksudnya.


Dan ini adalah kata-kata daripada Saidina Ali bin Abi Talib, suatu peringatan buat saya dan teman semua

"Manusia yang paling lemah ialah mereka yang tidak berupaya mendapat sahabat handai di dalam hidupnya, tetapi yang lebih lemah lagi ialah yang kehilangan sahabat setelah ia mempunyainya."

Saturday, September 6, 2008

Bagimana menghadapi orang yang membenci anda

Pernah tak hadapi perkara sebegini? Entah kenapa, anda menolongnya, dan tanpa disangka gula yang diberi, tuba yang dibalasnya. Tetapi jangan risau, Allah Maha mengetahui.

Lagilah sakit kalau orang itu pula memberi kritikan kepada anda.

Ini adalah kata-kata hikmah dari orang terkenal yang mengingatkan bagaimana nak hadapi ornag yang memberi kutukan, kritikan atau pun yang membenci anda ( tapi jangan buat orang membenci anda dengan perkara yang tidak patut anda lakukan)

”Ingatlah bahawa kritikan yang tidak benar dan tidak pada tempatnya seringkali merupakan pujian tersembunyi”

Dale carnegie

Lagipula

”orang yang mempertikaikan pendapat adalah orang yang bijak, tetapi yang mempertikaikan fakta adalah orang tolol.”

Frank A Gerbutt

Lagipun, kita manusia, walaupun kita mengadapi ornag seperti ini, kita perlu sabar kerana dia dan kita adalah hamba Allah yang lemah, dan sabar itu perlu dan penting. Walau tuba atau pun racun yang dibalasnya, tidak mengapa, kerana Allah Maha mengetahui, dan biarlah Allah jua yang membalas sifatnya.

Menurut Syibbu bin Abu Bakar

”Hidup kamu seperti pohon kayu yang lebat buahnya dan tumbuh di tepi jalan. Walaupun dilempar dengan batu tetapi dibalasnya dengan buah.”

Thursday, September 4, 2008

Sabar itu sebahagian daripada Iman

Hari ini dah masuk hari ke 5 kita berpuasa. Selamat menyambut puasa buat semua. Maaf kerana lambat mengucapkan selamat berpuasa. Saya pernah dengar yang bulan puasa adalah bulan yang penuh dengan cabaran dan rasanya betul tentang itu. Dengan tenaga yang kurang, perut berbunyi dan dahaga, kita perlu meneruskan kerja harian apalagi bertemu dengan pelbagai perkara yang mencabar hati dan perasaan, menjadikan bulan ini penuh dengan dugaan.

Jadi sabarlah yang perlu. Memang susah dan sukar, malah amat susah. Tapi perlu diingat bahwa tiada yang mudah dalam dunia ini. Tiada jalan ringkas untuk mengecapi sesuatu yang indah.

Bagaimana yer cara paling mudah untuk sabar? Saya selalu cakap, buat dek dahlah. Tapi kawan saya cakap, kita perlu ada seseorang untuk meluahkan perasaan, kerana jika tidak, boleh gila jadinya. Betul kata kawan, kerana tak baik pendam kerana nanti hati kita akan sakit dan akan mengganggu perjalanan hidup kita nanti. Bayangkan hati anda sakit kerana perbuatan atau tingkah laku seseorang, dan menjadikan perkara itu menjadi buruk ialah orang itu pula dekat dan sentiasa ada dengan anda.

Nak elak dan jauh dari orang itu tidak boleh, maka nak tak nak terpaksalah kita hidup dengan hati yang sakit dengan orang itu.

Tetapi kena ingat dalam hati bahawa Allah akan tolong kita kalau kita benar, tetapi akan sebaliknya jika kita salah. Bak kata orang, berani kerana benar, takut kerana salah.

Inikan bulan puasa, lagipun sabar itu sebahagian iman.

Monday, August 25, 2008

Mesti ada hikmah di sebalik sebarang kejadian.

Saya amat percaya kepada kata-kata hikmah ini. Sebab utama, saya dah banyak kali alaminya. Tapi sebelum itu, penting saya ingatkan supaya kita jangan cepat putus asa, komen, komplen, menegeluh dan berfikir buruk tentang sesuatu ynag menimpa kita. Contoh, bayangkan anda dalam teksi menuju ke lapangan terbang, dan tetiba teksi yang anda niaki rosak dan keadaan lalu lintas pula amat teruk meneyebabkan anada terlepas menaiki kapal terbang tersebut. Anda marah dan kecewa. Tidak lama selepas itu, anda mendapat tahu bahawa kapala terbang yang anda sepatutnya naik terhempas dan penumpang dalam pesawat tersebut semua terkorban, tetapi anda terselamat. Bukankah kejadian teksi rosak itu sebenarnya satu hikmah uuntuk anda?

Pernah tak anda alami keadaan seperti ini? Saya telah mengalaminya banyak kali dan ia menyebabkan saya selalu berfikir positif dan yakin dengan kuasas Allah. Kita Cuma manusia lemah, kita Cuma mampu merancang, tapi Allah jua yang menentukan. Saya tak tahu sejak beberapa hari ini, kata-kata jangan putus asa kerap diulang oleh saya. Saya suka dengan sikap tidak mengalah, tapi masalah utama saya adalah untuk konsistent. Susah sangat.

Tapi bak kata orang ’ orang ynag berjaya bagi kejayaan, orang yang kalah bagi alasan’, jadi saya simpulkan sikap tidak konsistent saya adalah kerana semagat saya yang tidak kuat. Memang susah nak maintain a high spirit dalam apa jua yang kita nak buat, jadi tips dari saya, tulis apa yang awak hajatkan, tampal dan tulis progress ataupun perkembangan yang anda telah dapat dalam mengejar cita-cita tersebut. Kalau boleh, tampal besar-besar dan baca sebanyak kali yang anda mampu setiap hari. Ini adalah cara untuk menambah semangat anda untuk terus berusaha mencapai apa jua kehendak anda.

Saturday, August 23, 2008

Malas dan kata - kata penaik semangat

Wah dah lama saya tak update blog saya ni.

Sebab utama, malas. Saya tak nak beri alasan lain sebabnya kalau saya nak dan betul-betul komited, saya akan cari jalan dan saya tak nak jadi orang yang bagi alasan.

Malas, satu penyakit yang amat susah diubatikan. Tambah lagi suka bagi alasan, dan tak komited, maka apa ynag diusahakan, mesti tak menjadi. Sebab itu, saya suka dengan kata-kata perangsang sebab ia menyebabkan saya naik semangat. Contoh senang, ”Malaysia Boleh”. Ia diilhamkan oleh Tun Mahathir, dan ia menjadi kata-kata perangsang bagi rakyat Malaysia di mana- mana sahaja. Dulu masa tgh popular cerita ’ Meteor Graden dengan F4, kata ’caio’ yang bermaksud berusaha (maaf kalau salah) amatlah popular dan rasanya sekarang ’fighting’ diambil dari cerita drama Korea pula menjadi trend.

Antara kata-kata perangsang yang saya suka ialah

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Maaf, saya tak ingat banyak kata- kaat perangsang bahasa Melayu, yang saya ingat, dan simpan banyak dalam komputer semua bahasa Inggeris, tapi saya akan berusaha menambah koleksi kata- kata eprangsanag saya dalam bahasa Melayu.

Mas fighting. !!!!!!!!!!

Tuesday, June 24, 2008

Sabar itu sebahagian daripada Iman

Sabar, susahkan? Bagi saya amat susah dan mencabar. Pernah tak rasa tetiba nak marah seseorang? Adakah anda akan terus marah atau diam. Kadang-kadang dan selalunya kerut muka anda akan menunjukkan sama ada anda sabar atau nak makan orang itu.

Semakin dewasa seseorang itu, semakinlah banyak cabaran yang dihadapi. Kadang-kadang terfikir mampukah untuk aku hadapinya?

Lagilah pula bila orang secara tidak sengaja menyakitkan hati kita, dan dalam masa yang sama otak dan hati tengah tidak tenteram sebab terlalu banyak masalah yang datang. Tetapi, sabar membuatkan anda dan saya jadi lebih tenteram dan mampu menghadapi masalah yang tiba.

Sebab itu dalam Islam, sabar itu dipandang tinggi dan satu keperluan. Bayangkan anda marah pada pagi-pagi lagi, maka mood anda pada hari tiu akan terus jadi teruk dan nada pun akan melalui hari yang teruk, tetapi apabila anda sabar, senyum dan ambil nafas panjang sebelum membuat apa-apa tindakan, apa jua tindakan anda selepas itu, anda tidak akan menyesal.

Kita dibekalkan dengan akal, minda dan perasaan dan kita perlu guna dengan sebaik-baiknya, kerana itulah yang membezakan kita dengan haiwan, lagi pula kita sebagai umat Islam, kita sedar bahawa sabar itu sebahagian iman.

Thursday, June 12, 2008

Mudah bosan, jemu apa nak buat ye?

Adakah anda seorang yang cepat bosan? Kenapa ye? Saya pun salah seorang yang cepat bosan.

Tapi lagi bosan kalau tak buat apa-apa. Dulu masa kecil, abah saya pantang betul bila dengar saya cakap bosan. Dulu kecil-kecil tak faham, sekarang dah faham. Bosan ni kalau tak dirawat, teruk jadinya.

Kadang-kadang kerana bosan, kita akan buat perkara yang tak sepatutnya, contoh, buat prank call ke sesiapa sahaja dan lagi teruk sampai ada yang buat panggilan tipu kepada polis, bomba atau ambulans. Kan dah dosa.

Macam mana nak hilangkan bosan ye?

Bagi saya, saya akan kerap ingatkan diri saya, sapa saya, jadi saya akan cuba jauhkan diri daripada buat benda yang tak berfaedah. Tak pun, paling mudah, fikir apa yang kita nak. Bayangkan dan beranganlah seolah-olah kita dah dapat benda tu.

Eh, nanti jadi Pak jeninlah pula. Ok, baca sampai habis, bila kita dah berangan, contohnya nak dapat banyak duit, takkan berangan je, bila dah berangan cuba pula fikir bagaimana nak dapat apa yang kita inginkan. Tapi kena betul-betul inginkan apa yang kamu angankan. Bila keinginan dah kuat, mesti lebih bersemangat nak dapatkannya, maka hilanglah bosan dalam hidup kita, sebab kita dah ada matlamat, drive dan matlamat itu nanti akan membantu kita mencari jalan bagaimana nak mencapainya.

Tapi saya ada baca ’law of attraction iaitu bermaksud undang-undang penarikan. Dalam undang2 tersebut, kita hanya perlu yakin tentang keinginan kita, dan yakin kita akan dapat dengan sepenuh hati, maka tidak mustahil kita akan mendapatnya. Nampak mudah dan tak masuk akal, kan?

Saya akan kupaskan lebih lanjut pasal undang-undang ini lain kali. Bahu, tangan dan mata saya dah penat ngadap komputer dari tadi. Ja ne.

Tuesday, June 10, 2008

Minyak oh Minyak

Lamanya tak update blog. Bukan malas, tapi tak tahu nak tulis apa.

Sebenarnya buat blog ni kena minat yang mendalam, kalau tak, jangan haraplah nak update blog selalu. Saya minat blog, tapi sebab niat utama nak cari duit, itu yang kadang-kadang selalu jer terlepas daripada update blog kesayangan ni.

Opp sorry bagi alasan. Kena selalu ingat dalam hati, nak seribu daya, tak nak seribu dalih

Mesti ramai tengah pening pasal harga minyak naikkan? Tanam pun rasa macam tu. Tanam baru je beli kereta dua hari sebelum harga minyak naik then bila jer dengar berita ni, tanam terduduk.

Opp, nape tanam beli kereta sedangkan tanam tak stabil lagi?

Panjang ceritanya dan nak pendekkan cerita sebabnya tanam terpaksa.

Tanam beli dengan izin abah dan emak. Masa beli mereka pun ada.

Bila harga minyak naik, buat tanam rasa menyesal pula beli kereta, tapi abah tetap tenang. Tak ungkit atau marah ataupun cakap pada tanam apa yang tanam buat itu membazir. Abah, Mas sayang sangat abah. Maaf sebab selalu sakitkan hati abah.
Tanam tahu, abah lega sangat sebab tanam dah dapat kerja, kan?
Jadi, salah satu langakah tanam buat untuk menghadapi masalah minyak adalah dengan mencari cara bagaimana nak save minya and then tanam jumpa laman ni :
Nampak meyakinkan, and dia ada buka ruang untuk affiliate. Maknanya jana untung dari beli barang ni. Macam ni, kita beli penjimat minyak ni, then promote affiliate kita, nanti kita dapat komisyen.

Tapi apa yang penting, betulkah produk ini meyakinkan?
Ini saya amik dari laman ni, testimoni mengenai fuelsaver ini.
From : WAN BPJenis Kereta : PROTON WAJATahun : 2005No Tel : 017-7xxxxxx
Showhp : YAEmail : -===================================================Masej : BIASANYA KLU ISI MINYAK RM20.00 KERETA SAYA BOLEH JLN DLM 120KM, APABILA SAYA MENGUNAKAN FUELSAVER2U SEPERTI TIDAK PERCAYA, KERANA KERETA SAYA BOLEH JLN SEJAUH 170KM, POWER PUN LEBIH DARI BIASA, ENJIN PUN LEBIH SENYAP DAN RINGAN TAK TERASA METER TELAH MENCECAH 130KM APABILA MEMANDU, KEMANA SAJA SAYA PASTI AKAN MENCERITAKAN PADA KWN2 TENTANG PENJIMAT MINYAK INI. TIADA APA YG BOLEH DIBERIKAN KEPADA KWN2 UNTUK MENGURANGKAN BEBAN HARIAN MEREKA, TIDAK LAIN TIDAK BUKAN ADALAH FUELSAVER2U.

(tapi testimoni dihantar sebelum harga minyak naik, jadi info dah berlainan sikit, maaf, ini jer testimoni yang saya jumpa. Nak tahu lebih banyak, pegi sini
Fuel2saver



ok, sekarang mari kita baca pasal Fuel2saver ni . Saya amik dari laman web nya

Produk yang ditawarkan ialah FSE (FuelSaver2u Enhancer) iaitu produk
penjimat minyak dan sesuai untuk semua jenis minyak petrol (dengan atau tanpa
plumbum), dan juga diesel.Ideal untuk semua jenis kenderaan (motosikal, kereta,
bas, trak, bot laju) tak kira enjin baru ataupun lama. Bukankah harga minyak
melambung tinggi sekarang, inilah masanya anda mempunyai produk yang betul pada masa yang betul Melalui program Reseller FuelSaver2u.com, anda berpeluang
menikmati komisyen sehingga RM19 untuk setiap botol FuelSaver2u Enhancer
(FSE) yang anda beli secara ONLINE.
Dengan 1.0 ml boleh digunakan untuk merawat 5.0 liter minyak. Ini bermakna 1 botol (120ml) boleh digunakan untuk merawat sebanyak 600 liter minyak!Dengan penjimatan sehingga 28%, ini bermakna anda boleh menjimatkan sebanyak 168 liter atau sebanyak RM543.60 dimana harga minyak semasa ialah RM2.70/liter.


Fakta Ringkasan
1 botol FSE = 120 ml
1 ml FSE > Boleh merawat 5.0 liter minyak
120 ml FSE > Boleh merawat 120 x 5 = 600 LITER minyak
Jimat sehingga 28% > 600 liter x 28 % = 168 liter minyak JIMAT
1 liter minyak = RM 2.70 > 168 liter x RM 2.70 = RM 453.60
Anda beli RM50 > Anda JIMAT RM 453.60
>> Anda UNTUNG RM453.60 - RM 50
Anda Untung = RM 403.60
% Keuntungan = 807.20 % dari pelaburan RM 50 anda!

Jadi, jangan tunggu lagi, Klik sini

Tuesday, May 13, 2008

Malas.... sambungannya

Sebelum ini, saya tulis pasal malas, kali ini saya akan tulis pasal lain pula.

Malas, akan menyebabkan kita suka cari alasan, tapi, kan lebih baik cari jalan dari cari alasan. Opp, then orang akan kata, memang mudah tulis dari cakap.

Alasan lagi. Ingat Jackie Chan ” don’t think, just do it’.

Tapi kita kena berfikir sebelum sesuatu tindakan dibuat, takut tindakan akan memakan diri, jadi bila nak bertindak, then at last, tak buat apa-apa langsung. Hmmm, dah rugi masa dan banyak peluang. Macam mana ni? Apa nak buat? Pernah tak hadapi keadaan ini?

Bila keadaan ini berlaku sebenarnya sebab kita asik beri alasan.

Di dalam kelas ada seorang kawan, dahh kahwin dan ada tiga orang anak kecil, tapi jarang nampak dia penat dan menegeluh, tapi saya yang bujang asik komplen pasal penat dan tak larat. Bila saya tanya dia apa dia buat? Dia cakap ”Mind over matter”

Dear, it’s all about the power of your perception.

Maksudnya itu semua adalah kuasa pemikiran kita.

Bila kita asik cakap penat, malas dan tak larat, maka itulah yang kita terima, tapi bila kita cakap kita bersemangat, aktif dan rajin, maka itulah yang kita terima. Tak percaya? Cubalah.

Once again saya kena tekankan betapa kuasa minda itu amatlah kuat. Tak percaya? Cubalah.

kenapa malas

Malas, malas, malas

Kenapalah susah nak buat kerja? Kenapalah suka sangat bertangguh buat kerja?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Pernah tak alami keadaan ini?

Di hati, di otak ada banyak rancangan, tapi nak buat punyalah susah.

Teringat cerita forbidden kingdom (jackie Chan, Jet li) bila si hero nak terjun dari bumbung n si hero kata takut, jackie Chan cakap ” Don’t think, just do it”

Teringat slogan nike ” Just Do It”

Hmm, macam mana nak atasi malas ni ye?

Ingat ye, manusia selagi boleh akan senantiasa beri alasan.

Lebih menakutkan, kita beri banyak alasan untuk sesuatu keadaan, walhal bila kita yakin dengan diri, bertindak, keadaan akan jadi berbeza.

Dalam Islam pun tak galakkan kata kalau apalagi malas.

Thursday, April 17, 2008

Susahnya ........................... melepaskan

Apa ye yang senang dalam hidup ini?
Susahlah, amat susah. Kadang-kadang rasa sesak nafas dan rasa macam tak mampu nak buat apa - apa. penat, sangat penat.

Tapi, walau apapun, jangan patah semangatkan. Kena selalu cakap pada diri, tak apa, mesti boleh. Jangan putus asa. Salah, kalah itu biasa terjadi. Hidup memang macam ini. Hidup umpama roda. Masalah pula akan senantiasa datang. Jangan mengeluh.

Seseorang pernah cakap pada saya, mesti tahu untuk lepaskan (let go).

Maksudnya, jangan simpan apa yang tidak disukai dalam hati. lepaskan, mesti lepaskan. Jangan biarkan ia tersimpan jadi pekasam dalam diri, kerana lama-lama ia akan memakan diri sendiri. Susah, memang susah. Saya baru belajar untuk lepaskan.

Tadi patutnya siapakan assigment yang berlambak, tapi saya ambil masa kemas bilik dan buang barang yang tidak boleh digunakan. Kadang-kadang saya selalu simpan barang yang rosak , yang saya selalu fikir mesti suatu hari nanti akan boleh guna. Tapi macam mana nak guna balik jam RM10 yang dah rosak masuk air? Then saya buang kertas yang saya tahu tak akan diguna pakai oleh saya lagi. kemudian terjumpa segala resit yang diguna oleh saya membeli barang. saya tak sanggup nak tengok berapa membazirnya saya. tapi saya buat calculation dan ia bukan suatu yang cantik. tapi let go. dah lepas, biarkan lepas, tapi jadikan pengajaran dan jangan ulangi lagi.
iap hya
Setiap apa yang kita lalui ada pengajarannya, dan kita mesti belajar daripada pengajaran tersebut.

saya ingat lagi, suatu yang amat saya sukar lepasakan adalah pengalaman sekolah rendah terutama sehingga darjah lima. Tapi, ia takkan berulang lagi.

Apa yang penting masa hadapan. Kena rancang bagaimana saya mahu mencorakkan masa hadapan saya.

Kemudaian bagaimana cara saya dapat jadikan impian saya menjadi realiti, itu lebih baik daripada saya menghabiskan masa menyesali perkara yang dah lepas. Itu gunanya lupa, sebab selalu jer kita rasa lupa itu sesuatu yang rugi dan menyusahakan, tapi lupa ada hikmahnya. belajarlah menerima bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Saturday, March 1, 2008

Update daripada saya

Wah lamanya tak update blog ni. Maklumlah amat sibuk dan terlalu banyak halangannya. Tapi sepatutnya halangan tak menjadikan kita lemahkan, tapi patutnya ia patut buat kita jadi lebih bersemangat. Manusia yang kalah pada halangan adalah manusia yang gagal. Betul ke? Kalau macam itu ramailah dan saya pun akan jadi seorang daripadanya.

Apa yang saya maksudkan adalah gunakan sebaiknya apa yang ada dalam diri kita. Hidup tak lehlah nak demand sangat. Betul tak?

sebenarnya terlalu banyak yang saya nak kongsikan, tapi sebab perlu dahulukan banyak perkara lain, maka saya terpaksa tangguh dahulu. lagi pula tak sihat ni. Ha itulah manusia, banyak alasan.
Saya kata ini sebabnya saya seorang yang amat suka tangguh buat kerja dan pengurusan masa saya pula amatlah teruk. Kena belajar ubahkan, lagipula saya bakal seorang guru.

Tuesday, February 5, 2008

Hidup tak pernah cukup, kan?

Sudah lama saya tidak mengemas kini blog saya, sebabnya saya tidak mempunyai computer sejak saya masuk ke IPG. Tapi atas pertolongan seseorang, saya sudah ada laptop. Terima kasih.

Saya dah tak tanam anggur lagi, tapi latihan di IPG bukan mudah dan amat mencabar. Tapi tak apakan, sebabnya tiada perkara yang mudah.

Pada mulanya saya agak ragu-ragu untuk menerima, sebab saya tidak berapa yakin untuk menjadi guru, tapi setelah melalui minggu orientasi, saya mula menanam nekad untuk menjadi guru. Apabila mendengar pengalaman pelbagai rakan pelatih lain, saya mula rasa bersyukur kerana terpilih. Fighting !!!!!!

Tapi saya tidak mahu bercerita tentang pengalaman saya di IPG kerana masih banyak masa untuk itu. Tapi nak kongsi pengalaman saya pasal berbelanja. Sebabnya saya tidak sedar selama ini saya sebenarnya seorang yang kuat , berbelanja. Kisahnya begini. Kerana baru datang ke tempat orang dan tinggal di tempat asing, di fikiran sentaiasa ada sahaja barang yang kurang yang perlu dibeli. Akibatnya saya telah membeli barangg yang tidak saya perlukan. Rasanya lepas ini, saya tak nak jadikan tabiat berbelanja di supermarket yang besar, sebab teramat lah tempting untuk saya membeli barang barang yang mengakibatkan saya membeli barang yang saya tidak sepatutnya beli dan akkibatnya, maka bayaklah duit dibelanja. Dahlah elaun lambat lagi masuk. Lagilah parahkan.

Jadi tips untuk berbelanja
buat senarai barang yang perlu dibeli
mesti ikut senarai barang yang perlu dibeli. Jangan sampai barang yang diperlukan tidak dibeli, tapi barang yang tidak diperlukan dibeli.
jangan bawa wang lebih, bawa secukupnya untuk barang keperluan ssahaja. Jadi anda akan terfikir banyak kali sebelum membeli barang yang mempengaruhi anda untuk membeli.
sebolehnya jangan guna kad plastic anda, even debit kad, sebabnya ia akan menyebabkan anda berfikir, aku ada duit lagi di bank, rilekslah. Boleh guna. Kan bagus duit itu menjadi bukit di situ tanpa anda mengusiknya. Jangan sampai anda tak tahu ke mana wang itu menghilang.
dahulukan perkara penting
buat senarai yang penting untuk anda pada MASA HADAPAN. Sebabnya anda akan berfkir banyak kali sebelum membuat pembelian yang anda terpengaruh. Contoh seperti saya, saya listkan perbelanjaan masa hadapan saya. Bayar PTPTN, beli kereta, beli rumah, dan banyak lagi. Maksudnya, saya sedar keperluan saya berjimat jadi ia akan membuat saya berfiikir sebelum belanja sesuka hati saya.


Oklah kot buat masa ini. Sebabnya saya perlu menyambung buat assignment. Setiap orang ada cara tersendiri untuk menggunungkan duit mereka. Saya Cuma kongi tips saya.

Oh yer, last tip saya, saya akan sentiasa fikir, tak apa barang kurang, asalakan saya tahu memaksimakan penggunaan barang yang saya ada, pasti cukup. Sebab selalu terjadi, barang akan terlebih daripada keperluan sebenarnya. And jangan lupa recycle.

Saturday, January 12, 2008

Malu punca warga tempatan tidak suka kerja am


Diambil dari Utusan Malaysia Khamis 10 Januari

Sepang 9 Jan – Kerja Berat dan malu jika terserempak dengan saudara mara adalah antara alasan yang menyebabkan warga tempatan kurang menggemari kerja-kerja am di lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Pegawai sebuah syarikat penyumberan luar di KLIA, Mohd Zaki Mohammed Salleh berkata, berdasarkan pengalamannya, selain memberi pelbagai alasan, pekerja tempatan juga hanya mampu bertahan selama dua bulan sebelum menghilangkan diri.

Pelbagai alasan diberikan. Ada yang menganggap kerja menolak troli ini sebagai terlalu berat dan ada juga yang berasa malu apabila terserempak dengan saudara mara atau kawan di lapangan terbang.” Katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, walaupun syarikatnya menjelajah ke seluruh negara termasuk ke Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan khidmat pekerja tempatan, tetapi rata-rata rakyat tempatan akan meletak jawatan dalam tempoh dua bulan selepas memulakan kerja.

Perkara ini memang selalu berlaku, walaupun kami menawarkan gaji lebih tinggi (kepada kerja tempatan) berbanding pekerja asing, tetapi mereka masih akan lari.

Untuk mengatasi masalah ini, syarikat terpaksa mendapatkan pekerja asing dari luar negara dan melatih mereka untuk bertutur dalam bahasa Malaysia dan Inggeris sebelum ditempatkan di sini (KLIA), ujarnya.

Tambahnya, syarikatnya bagaimanapun akur dengan segala keputusan kerajaan walaupun agak keberatan untuk menggantikan sesetengah pekerja asing yang menunjukkan prestasi yang baik.

Beliau berkata, syarikatnya memerlukan sekurang-kurangnya tempoh sebulan untuk untuk menggantikan khidmat tenaga kerja asing dengan warga tempatan.

Dalam pada tinjauan Utusan Malaysia di KLIA hari ini mendapati pekerja asing dari Bangladesh, Nepal dan India menguasi pekerjaan pekerjaan di beberapa bahagian di KLIA termasuk mencuci lantai dan tandas, mengangkat bagasi dan menolak troli.

Walaupun pekerja-pekerja asing di KLIA telah diberi latihan untuk bertutur dalam dwibahasa, tetapi rata-rata mereka belum menguasai dengan baik bahasa Malaysia atau Inggeris.

seorang pekerja asing di KLIA, Cham Bahadur, 40, dari Nepal mengakui dirinya menghadapi amsalah berkomunikasi dengan orang ramai di lapangan terbang itu kerana belum menguasai bahasa Malaysia dan Inggeris sepenuhnya.

“sikit-sikit memnag boleh, tak ada masalah. Kalau terlalu susah dan saya tidak faham, saya akan minta pertolongan daripada bos saya,” katanya.

Seorang pekerja dari India, senthil, 27, pula berkata, dia lebih selesa untuk bertutur dalam bahasa Inggeris kerana pelangannya kerana kurang fasih dalam bahasa Malaysia. Lain pula dengan Rabiul Islam, 27, dari Bangladesh yang mendakwa dirinya mampu bertutur fasih dalam bahasa Melayu selepas bekerja selama setahun sebagai tukang cuci di KLIA.

“sambil kerja saya belajar dan kini boleh memahami bahasa Melayu, Cuma bahasa Inggeris saya tidak berapa baik dan tengah belajar,”ujarnya.


Saya: teringat berorak dengan kawan dari Negara China, dia kata bahasa Melayu mudah, tapi rasanya dah lebih lima tahun dia di sini, tapi masih tak boleh cakap bahasa melayu gak.

Komen saya? Sebagai bekas penganggur, betul, kerja-kerja am memang malu. Yelah takkan ada ijazah nak kerja cuci toilet? Tapi bila fikir balik, sebenarnya,nak seribu daya, tak nak seribu dalih. , sambil kerja am boleh cari kerja lain. Jangan memilih yang penting jangan biarkan diri tak buat apa-apa. Lagi teruk kesannya nanti. Lagi pun kena fikir, keadaan sekarang dan masa hadapan. Yelah banyak duit nak guna., daripada tak buat apa-apa, sekurang-kurangnya, dapat tambah pengalaman dan ada income masuk.

Pengalaman saya. Saya pernah dapat kerja suruh cari derma. Jangan tak percaya, walau kerja cari derma, masa saya temuduga kena speaking. Dan saya dapat kerja itu. Tapi orang terdekat saya cakap jangan terima. Dan saya ikut kata-kata mereka.

Setahun kemudian, saya masih mencari kerja. Tetiba saya berborak dengan seorang perempuan, yang menguruskan masalah dalam perniaagaanya. Apa yang mengejutkan saya adalah perempuan itu mula bekerja daripada pekerjaan yang saya tolak. Dia dari agensi yang sama. Tapi dia bukan cari derma, tapi menjual talian komunikasi. Dari perempuan itu, katanya, selama setahun dia bekerja mencari pelnaggan, tapi setelah setahun, dari agensi yang sama, dia telah dapat menubuhkan perniaagan yang sama. Hanya setahun bersusah payah, dan sekarang dia mempunyai perniaagannya sendiri.

Masalah utama saya menolak pekerjaan itu adalah malu dan kurang yakin. Oh yer, walaupun kerjanya meminta derma, tapi untuk agensi besar, seperti badan kanser Malaysia dan AIDS Malaysia. Ia ada cara dan setiap pekerja diajar cara berkomunikasi dengan pelanggan dan cara untuk jadi kental apabila dimarah dan direject oleh pelanggan.

Agaknya, kalau saya terima kerja itu, saya dah ada perniagaan itu. Tak guna menyesal.

Saya belajar daripada pengalaman, jangan pandang sesuatu perkara daripada satu sudut sahaja. Kena pandang dari pelbagai sudut. Mungkin dalam kerja cuci tandas, ia akan menambahkan skill anda dalam bersabar (sabar adalah skill yang dipelajar melalui pengalaman, percayalah, sabar itu amat susah melainkan setelah dituai dalam diri anda melalui pengalaman ), skill berkomunikasi, yelah, macam mana nak cakap dengan customer yang marah—marah sebab tak boleh masuk tandas kerana tandas tengah dicuci, dan bercakap dengan orang atasan. Tengok pelbagai kerenah orang atasan, dan bestnya dapat bergaul dengan pelbagai orang. Semakin banyak perkenalan, semakin luas pandangan dan pengalaman. Apa-pun yang penting jangan duduk tak buat apa-apa.

Thursday, January 10, 2008

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1429.

Saya memulakan tahun baru dengan keadaan yang sibuk untuk membuat persiapan memulakan KPLI. KPLI akan mula mendaftar pada 14 Januari ni. Banyak sungguh perkara perlu dibuat dan banyak juga duit diperlukan.

Tanggal hari Khamis 10 Januari lalu kita menyambut tahun baru lagi, tapi menurut calendar Islam iaitu 1 Muharam 1429. Selamat Tahun Baru Semua. Bagi umat Islam, 1 Muharam adalah calendar penting dalam sejarah Islam.

Kepentingan Hari Maal Hijrah ini ialah ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad (s.a.w) dari Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 masihi.


Kemudian, konsep Hijrah ini diguna pakai oleh ramai pihak, walaupun bukan dari segi hijrah perpindahan ke tempat lain seperti Nabi Muhammad (s.a.w), tapi dari segi hijrah sikap. Sesengguhnya musuh utama bagi setiap manusia adalah diri mereka sendiri. Hendaknya hijrah dapat dipraktikkan dalam diri, dalam sikap. Hijrah sikap daripada buruk kepada baik dan daripada baik kepada lebih baik.

Sempena tahun baru Hijrah 1429 ini, kita harus berusaha melawan hawa nafsu yang cenderung mengajak manusia ke arah melakukan perkara-perkara kejahatan dan penyeleweng daripada lunas-lunas syariat. Kita tanamkan azam baru untuk mengamalkan secara bersungguh-sungguh perintah Allah seperti yang ditunjukkan oleh baginda supaya amalan agama subur dalam diri umat Islam.

Hijrah daripada sifat jahil kepada sifat kecerdikan dan kepandaian. Ini semua merupakan maksud dan tuntutan hijrah dalam Islam. Maka hijrah dari satu amalan yang tidak diredai Allah kepada suatu amalan yang dikehendaki-Nya adalah termasuk dalam maksud hijrah yang sebenar. Dalam hal ini, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang Allah. (Riwayat Muslim).

Diambil daripada sini

( dua perenggan terakhir)

Saya juga berharap perkara yang sama. Saya ingin berhijrah, agar lebih mencapai kegemilangan dalam hidup ini, dari segi rohani mental dan fizikal. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Saya rasa saya dah memulakan tahun baru dengan baik, lepas ujian memandu pada 1 januari lepas, akan memulakan pengajian untuk menjadi guru dan harapnya selepas ini akan lebih banyak peluang yang baik datang. Saya juga harapkan perkara yang sama pada semua. Fighting.

p/s : apabila kita mengharap kepada perkara baik, maka perkara baiklah yang datang dan begitu juga sebaliknya. Kena selalu berfikir perkara yang baik dan jangan lupa kena sentiasa bermohon pada Allah, kerana dialah penentu segalanya. J

Tuesday, January 8, 2008

Status Caj PTPTN

Saya adalah salah seorang peminjam PTPTN. Salah satu resolusi tahun baru saya adalah untuk mempercepatkan membayar hutang saya. Sebab susah hidup dengan berhutang ini. Jadi, saya nak tahu juga cara untuk cepat melangsaikan hutang. Tapi setelah membaca artikel di bawah ini, saya jadi risau. Saya tak letak artike penuhnya. Saya Cuma letak perkara penting bagi peminjam PTPTN seperti saya perlu tahu.

Dipetik daripada Harian Metro, 30 Disember 2007.
Oleh Zaharuddin Abd Rahman

Kita semua mengetahui dengan jelas bahwa PTPTN mengunakan akad pinajamn kepada pelajar. Ia sangat jelas termaktub di dalam laman web PTPTN. ( http://www.PTPTN.gov.my/web/guest/anjung)

Keputusan persidangan ulama antarbangsa di bawah Badan Kewangan & Perakaunan Islam Antarbangsa (AAOIFI) menyatakan bahawa semua faedah atau lebihan daripada jumlah yang diberi pinjam yang telah dipersetujui atau diisyaratkan di dalam kontrak atau akad pinjaman dibuat diawal kontrak atau dikenakan ketika kelewatan pembayarn balik pinjaman sama ada dalam bentuk wang, barangan dan apa-apa manafaat dalah dilarang sama sekali dan ia adalah RIBA (http://www.aaoifi.com)

Bagaimanapun dalam hal kos perkhidmatan, Majlis Syariah AAOIFI dan Hasil Kesatuan Fiqh Islam Sedunia dalam sidangnya yang ketiga pada 1986 berpendapat DIBENARKAN untuk mengenakan kos perkhidmatan dengan syarat ia adalah KOS SEBENAR.

Majlis Penasihat Syariah Dunia di AAOIFI menyebut “it is not permitted to link the charge to the amount withdrawn (given),” (tidak dibenarkan untuk mengaitkan caj kepada jumlah yang diberikan,” (Shariah standard, no 10/3/2/, hlm 338).

Ini kerana persatuan yang dikaitkan dengan jumlah pinjaman ini menyebabkan kos pengurusan yang pada asalnya adalah sama (kerana menggunakan alatan dan system yang sama), menjadi berubah mengikut jumlah pinjaman ynag diberi.

Resolusi mereka juga menyebut adalah HARAM untuk mengenakan kos yang lebih daripada kos sebenar, justeru ulama di persidanagn tadi mewasiatkan supaya cara untuk mengira dibuat tepat dan sebaiknya.

Selain itu keputusan mereka juga menyebut kos tidak langsung seperti gaji pekerja, sewaan tempat dan tanggungan lain-lain sesebuah institusi itu tidak boleh dimasukkan di dalam kos pengurusan sebenar bagi sesebuah pinjaman.

Malangnya, cara caj perkhidamatan yang dapat dilihat di PTPTN tidak menepati cara yang digariskan oelh majlis ulama dunia ini.

Selain itu fakta terpenting untuk difahami juga adalah riba tidak mengira sama ada dicaj di awal perkhidmatan atau selepas perkhidmatan diberikan. Ia adalah sama saja selagi mana caj dan kiraan sedemikian diletakkan di dalam akad dan kontrak pinjaman,

CARA KIRAAN

Hasilnya, perlu kita fahami bahawa sebarang kos perkhidmatan dan pengurusan yang diletakkan seperti 3 peratus daripada jumlah pinjaman berbaki setiap bulan dengan hujah ia adalah kos pengurusan yang halal dan sebenar, sukar untuk diiktiraf oleh mereka yang benar-benar faham isu kewangan dan syariah.

Malah formula kiraan caj perkhidmatan ini juga bersifat ‘reducing balanace’ dan ‘monthly rest’. Formulanya kiraan caj perkhidmatan seperti berikut (http://www.ptptn.gov.my/c/portal/layout?p_1_id=PUB.1.150)

Kos pentadbiran bulanan = 3 peratus × baki jumlah semasa × 1/12

Cara kiraan ini adalah hampir serupa dengan kiraan pinjaman riba dalam pinjaman perumahan di bank konvensional, bezanya ia lebih murah daripada kadar riba bank konvensional yang bersifat komersial itu.

Sebutan mudahnya, setiap bulan sejumlah riba akan diambil daripada peminjam berdasarkan baki ‘outstanding balance’ dalam bulan bekernaan.

Contohnya:

Jumlah Pinjaman Pelajaran : RM19,500 ( pinajaman aliran sastera di IPTA untuk tiga tahun ) p/s saya RM26,000 !!!! L

tempoh bayaran semula 120 bulan ( sebagaimana ditetapkan)

Caj perkhidmatan : 3 peratus = jumlah keseluruhan utnuk 120 bulan = RM3821.38

Saya:
Maksudnya, selagi mana peminjam tak mula membayar hutangnya, maka hutangnya akan bertambah . caj perkhidmatan + caj perkhidmatan …..
Apa nak buat ye?

Monday, January 7, 2008

0n1

Technorati Profile

Sunday, January 6, 2008

Anda suka bercakap / Berbual tapi elakkan

  1. Berbohong ketika bergurau atau dalam keadaan serius keran asemua itu tetap menjadi dosa
  2. Mengumpat, iaitu membicarakan seseorang menegnai perkara atau hal yang tidak disukai. Ini pastinya menyentuh soal maruah
  3. Menghasut iaitu mengadu domba dua orang yang saling berbaik sehingga menimbulkan permusuhan.
  4. Berbual-bual yang tidak berfaedah atau berbantah-bantah sehingga langsung tidak menimbulkan faedah.
  5. Memuji-muji secara berlebih-lebihan dengan niat untuk menyebut kelebihan atau kemuliaan supaya dipandang orang.
  6. Mengutuk, mencaci, memburuk-burukkan orang lain dengan niat yang diketahuinya akan menyebabkan mudarat atau musibah di segi moral kepada orang berkenaan.
  7. Terlalu berlebihan dalam soal bergurau atau mentertawakan orang kerana akhirnya orang lain akan hilang rasa hormat apda diri kita dan ada kemungkinan satu hari annti kita pula akan jadi bahan guruauan orang.
  8. Memandang hina atau memperolok-olokkan kekurangan dan aib orang lain sehingga boleh menjatuhkan air muka mereka
  9. usah memberi pujian atau memberi penghormatan seara berlebihan atau keterlaluan kerana pujian atau penghormatan itu sebenarnya mengandungi kepura-puraan atau sifat golongan orang munafik.
Saya pun suka bercakap. Dulu masa kecil orang panggil saya kepoh. Tapi bagi saya apa pun yang kita buat, pasti ada hadnya.

Orang kata terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata binasa.

lagi sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merana. Jadi renung-renungkanlah ye. :)

Kata-Kata Hikmah

Entah kenapa, saya rasa lebih senang cari English Quote daripada bahasa Melayu Quote. Maksud saya kata-kata yang mempunyai maksud mendalam daripada ayat tersebut. Saya pula tak pandai mereka kata-kata sedap, biasanya ambil daripada buku sahaja. Tapi hari ini, saya letakkan kata-kata “sedap” yang berjaya saya kumpulkan untuk kegunaan kita bersama .

Tapi bila difikirkan balik, ini mungkin kerana bahasa melayu ada banyak peribahasa yang indah tapi banyak yang sudah dilupakan. Lagi pula, kebanyakan quote bahasa Inggeris kebanyakan dibuat oleh orang yang dah terkenal kerana kejayaan mereka. Lepas ini saya akan kumpulkan pula kata-kata perangsang dan kata-kata mendalam daripada orang kita. Mesti ada banyak yang boleh dijadikan iktibar.


“Kebijaksanaan adalah wap air, kemasyhuran adalah kebetulan, kekayaan boeh terbang. Hanya satu benda kekal, keperibadian”.

“Semua orang kaya sehingga ada seorang yang cuba menjadi lebih kaya”.

“Ucapan yang bagus mempunyai pembuka dan penutup yang baik, kedua-duanya mestilah diletakkan berhampiran”

“Keupayaan adalah sedikit keutamaan tanpa peluang”.

“Keupayaan adalah harta bagi orang miskin”

“Kita patut hidup dan belajar, tetapi pada saat kita sudah belajar, ia terlewat untuk hidup”.

“Ingat tiga perkara ini dalam hidup anda setiap hari : saya mahu… saya berhak…. Saya boleh….”

“Setiap makhluk dilahirkan sendirian dan mati pun sendirian”

“Di sebalik setiap pertelingkahan adalah ketidakpedulian seseorang”.

“Bencana ada dua jenis: malang bagi kita dan nasib baik bagi orang lain”.

“Sehelai rambut di kepala bernilai dua di berus”.

“Kehidupan hanya boleh difahami dengan melihat ke belakang, namun ia mesti hidup dengan memandang ke hadapan”.

“Jika anda tidak tahu arah tujuan anda, anda mungkin terlepas apabila sampai di sana”.

“Lebih baik kalah pada perdebatan dan memenangi kawan daripada kalah pada kawan dan menang perdebatan”.

“Kesabaran adalah peneylesaian terbaik untuk setiap masalah”.

“Manusia dungu mencari kegembiraan dalam kejatuhan. Yang pandai menananmnya dengan semangat yang betul”.

“Kerja adalah ibadah. Kerja adalh meditasi apabila dilakukan dnegan semangat yang betul”.

“Tanpa kekayaan hati, harta kekayaan adalah pengemis yang hodoh”.

“Begitu mudah menjadi gembira, begitu susah menjadi mudah”.

“Memori masa lalu dan harapan masa depan menyebabkan kesakitan, kebimbangan dan ketakutan”.

“Manusisa lalu mempunyai keyakinan manakala zaman moden hanya empunyai pendapat”.

“Kunci kejayaan ialah apabila dapat membezakan antara perkara berkaitan daripada yang tidak berkaitan”.

“Hidup seperti permainan chess, yang mempunyai pandangan ke hadapan akan menang”.

Friday, January 4, 2008

Selamat tahun Baru 2008

Hari ini 5 Januari, satya lambat mengucapkan selamat tahun baru. Maaf.

Bagaimana dengan permulaan tahun baru? Saya memulakan dengan amat baik, sebabnya saya lepas ujian memandu yang amat saya takut. Nasib baik JPJ yang test saya amat baik. Siap berborak rancak dalam kereta. Then bila kena bukit, parking dan tiga penjuru, hati saya tak sudah-sudah berdoa. Dahlah orang ketiga dan orang perempuan pertama. Bagi saya yang paling susah adalah tiga penjuru. Macam manalah saya nak parking kat tempat sesak nanti. Pelikkan. Ramai masalah pada bukit dan parking. Saya parking pun ikut aturan jelah, tapi bawa kereta betul nanti, entah macam mana. Abah saya pula masih tak percaya saya boleh bawa kereta walau dah lepas test. Tak apalah, saya kumpul duit dan beli kereta terus.

Saya ada banyak azam pada tahun ini. Antaranya, saya nak jadi lebih produktif. Yelah, setahun lebih duduk rumah, dan sekarang hampir dua bulan di rumah. Tapi dua bulan di rumah, saya taklah tak buat apa-apa, banyak juga saya dapat pelajari, walau tiada income. Saya dapat lesen dalam masa sebulan lebih, dan belajar pasal online income. Walaupun agak banyak halangannya, tapi apa pun jangan mengalah, kan? Mas fighting.